Dua Kali Buat Swab Test, Shahrol Shiro Negatif COVID-19

Hiburan

Dua Kali Buat Swab Test, Shahrol Shiro Negatif COVID-19

Selepas pulang dari Sabah pada 25 September lalu, pelawak terkenal tanah Shahrol Shiro mengesahkan dirinya sudah dua kali menjalani ujian saringan Covid-19 sejak.

Shahrol shiro negatif covid19

Advertisement

Katanya, beliau membuat saringan pertama, di sebuah hospital swasta di Johor Bahru sebaik sahaja tiba dari Kota Kinabalu, Sabah.

“Saya terus menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat untuk mematuhi SOP dan menjalani kuarantin. Semalam 4 Oktober, saya menjalani ujian saringan kedua di Klinik Kesihatan dan keputusannya negatif.”

Biarpun kini telah menjalani selama kuarantin 10 hari, Shahrol tidak ketinggalan mendedahkan dirinya menerima kecaman hebst daripada warganet kerana turut serta dalam kempen Pilihan Raya Negeri Sabah yang lalu.

Shahrol shiro negatif covid19

“Memang ada yang kecam saya, namun saya sudah mengambil langkah berjaga-berjaga dengan mematuhi SOP sepanjang berada di sana. Saya ada bertemu Atu (Zero) di Kudat dan saya tidak benarkan dia menyentuh saya. Begitu juga dengan orang ramai, saya tidak benarkan mendekati saya.”

Katanya lagi, beliau juga terpaksa berpisah sementara dengan isteri dan anaknya demi keselamatan mereka bersama.

“Anak dan isteri juga saya minta untuk pulang ke rumah mentua untuk mengelakkan sebarang kemungkinan. Sehingga hari ini, saya masih kuarantinkan diri di rumah sampailah cukup 14 hari. Biarlah yang nak kecam tu asalkan saya tidak langgar arahan kerajaan.”

Terdahulu, Shahrol menegaskan beliau sudah dua kali membuat saringan dan  bebas COVID-19, namun tetap akan mengambil keputusan untuk terus berada di rumah sehingga 14 hari.

Sumber: Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...