Dua Kaki Patah Semasa Buat Lompatan Gimnastik

Trending

Dua Kaki Patah Semasa Buat Lompatan Gimnastik


Kerana gimnastik, seorang pelajar dari Auburn Universiti patah kedua-dua belah kaki akibat terjatuh dalam satu pertandingan di Amerika Syarikat pada Jumaat lalu.


Menurut Daily Mail, disebabkan kecederaan yang teruk ini memaksa beliau untuk menamatkan kerjayanya dalam sukan ini.

Advertisement


Samantha Cerio, 22, ketika kejadian terbabit melakukan lompatan sebelum hilang keseimbangan dan terjatuh hingga patah kaki selain terkehel kedua belah lutut.

Kejadian itu mengejutkan penonton apabila melihat Samantha menjerit kesakitan sebelum diusung keluar untuk menerima rawatan.

Dia kemudiannya memuat naik gambarnya di akaun Instagram bersama keterangan gambar memberitahu bahawa ia adalah hari terakhir buatnya bergelar sebagai seorang gimnas.

Penuntut tahun akhir universiti itu dijangka menamatkan pengajiannya dalam bidang kejuruteraan aeroangkasa tidak lama lagi.

Setiap apa yang terjadi pasti ada hikmahnya, jangan mengalah jika anda tidak boleh meneruskan sesuatu benda dalam kehidupan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...