Tidak dinafikan, kereta Perodua Myvi sememangnya satu jenis kenderaan yang sangat dikenali di negara kita. Walaupun terdapat pelbagai lagi jenis kenderaan di Malaysia, namun kereta Perodua Myvi seringkali mendapat perhatian ramai kerana dikaitkan dengan bermacam-macam kontroversi di jalan raya.
Hal itu termasuklah beberapa kejadian seperti memandu melebihi had kelajuan, memotong tanpa memberi lampu isyarat, meredah banjir dan sebagainya. Agak menghairankan tetapi itulah hakikatnya, terdapat segelinitir pemandu yang memandu kereta jenis Perodua Myvi ini yang terdorong untuk menimbulkan kontroversi.
Bagi yang tidak tahu, Perodua Myvi ini juga turut menjadi kereta kegemaran ramai dan dikatakan telah menjadi kenderaan terlaris selama lima tahun berturut-turut mulai tahun 2006 sehingga 2010 di Malaysia.
Dua individu buat adegan tidak bermoral dalam Myvi
Terbaru, kereta yang diberi gelaran King itu sekali lagi menjadi tumpuan dan terpalit dengan kontroversi apabila terdapat dua pasangan individu yang dikatakan telah melakukan adegan tidak bermoral dalam kenderaan tersebut.
Cerita hangat mengenai perkara itu dikongsikan oleh seorang pengguna di Twitter bernama Jabatan Netizen Malaysia yang memaparkan beberapa keping gambar menunjukkan pasangan tersebut sedang melakukan aksi tidak senonoh itu.
Menurut perkongsian tersebut, pemandu Perodua Myvi itu dipercayai sedang berhenti di sebuah kawasan lampu isyarat di Taman Sejati, Sungai Petani, Kedah sambil dilihat sedang melakukan adegan tidak bermoral itu.
?Traffic Light Taman Sejati, Sg Petani. Kedah.
“Mai cek oi mai cek mai
Kita ke negeghi Kedah
Mai oi bagi qhamai
jamu nasik kawah”The Power Of King Highway Malaysia.
??Via Shahzuwan Emilia pic.twitter.com/vSonWOrPyj
— Jabatan Netizen Malaysia (@jnmalaysia) October 23, 2021
Tindakan pasangan tersebut telah mengundang pelbagai persoalan dalam kalangan orang ramai kerana perlakuan kedua individu itu dipercayai seakan-akan melakukan aksi seks.
Jika benar, perkara itu jelas merupakan satu kesalahan yang besar kerana bertindak melakukan perbuatan tidak bermoral itu di tempat terbuka serta mampu dilihat oleh orang ramai yang melalui jalan tersebut.
Netizen berikan pelbagai reaksi dan respon terhadap perkara tersebut
Meninjau pada ruangan komen perkongsian tersebut, rata-rata netizen turut memberikan bermacam-macam reaksi dan respon termasuklah mengecam tindakan pasangan tersebut kerana melakukan perbuatan tidak bermoral itu dikhalayak ramai.
Setakat ini, perkongsian tersebut telah mencapai lebih daripada 185 tanda like serta seramai 171 pengguna telah mengulang ciap atau retweet perkongsian itu semula.
Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara