Baru-baru ini, pempengaruh dikenali ramai iaitu Khairul Aming dan Pin Yang telah terbang ke China bersama bagi menuntut ilmu tentang live streaming E-Commerce di negara terbabit.
Pergi ke China tuntut ilmu live streaming
Dapat dilihat dalam hantaran yang dimuat naik oleh Khairul Aming, dia bersama Pin Yang mengucapkan salam sesudah sampai di China bagi menuntut ilmu tentang siaran langsung untuk perniagaan atas talian.
View this post on Instagram
Difahamkan, mereka terbang ke China atas tujuan untuk pelajari ilmu berkaitan siaran langsung untuk perniagaan online dan akan berkongsikan ilmu yang dipelajari kepada semua terutamanya buat peniaga-peniaga SME yang ada di Malaysia.
Semalam kitaorang all out kempen 11.11 and Alhamdulillah KA dapat achieve RM1 juta sales dan Pin Yang also dapat buat RM1 juta. Tidur 2 jam and terus pergi airport fly ke Shanghai.
Netizen puji tak berhenti tuntut ilmu
Hantaran yang dimuat naik itu telah meraih perhatian ramai, di mana rata-rata wargaent memuji usaha kedua-dua individu terbabit yang tidak pernah berhenti mencari ilmu biarpun sudah berjaya.