Dua Gadis Mendaki Gunung Sendirian Di Pergunungan Maghribi, Dibunuh Pengikut ISIS

Trending

Dua Gadis Mendaki Gunung Sendirian Di Pergunungan Maghribi, Dibunuh Pengikut ISIS


Keputusan dua orang gadis yang merupakan pelajar universiti untuk mendaki di kawasan pergunungan Atlas di Maghribi merupakan satu kesilapan besar.

Louisa Jesperson

Louisa Vesterager Jespersen, 24, dari Denmark, dan Maren Ueland, 28, dari Norway,  telah dibunuh oleh sekumpulan lelaki dengan kejam dan video menunjukkan Louisa kelar di leher hidup-hidup telah dihantar kepada ahli keluarga dan rakan-rakannya oleh pembunuh.

Advertisement

Maren Ueland

Kaitan dengan pengganas

Setakat ini, 13 orang lelaki telah ditahan berhubung pembunuhan itu, yang dipercayai dilakukan oleh pengikut ISIS. Tiga lelaki pertama ditahan semasa menaiki bas di Marrakesh dua hari lepas manakala sembilan orang lagi ditahan semalam. Tiga lelaki yang ditahan dalam bas ialah Rachid Afatti, 32, Ouziad Younes, 27, dan Ejjoud Abdessamad, 25.

Setakat ini pihak berkuasa Maghribi belum mendedahkan identiti lelaki-lelaki lain yang telah ditahan.

Video yang mengerikan itu juga beredar di media sosial seperti Facebook, Twitter dan Reddit sehinggalah ahli keluarga mangsa meminta orang ramai berhenti menyebarkannya.

Mayat Louisa dan Maren telah ditemui Isnin lepas oleh beberapa orang pelancong Perancis.

Mereka berdua sebelumnya mendirikan khemah di satu kawasan terpencil atas pergunungan Atlas yang jaraknya dua jam berjalan kaki dari perkampungan pelancong di kampung Imlil.

Kepala Louisa ditemui dalam keadaan terpisah dari badannya, menurut satu sumber pihak berkuasa Maghribi.

Imlil ialah titik permulaan untuk perjalanan trek dan kembara pendakian di gunung Tubkal, yang berketinggian 4,167 meter dan merupakan puncak tertinggi di utara Afrika.

Para detektif sedang menyiasat sama ada video tersebut mempunyai kaitan dengan pelampau agama apabila pembunuh di dalam video yang tersebar mengikrarkan kesetiaan mereka kepada ISIS.

Dikutuk pihak berkuasa

Pihak berkuasa Denmark dan Norway mengutuk pembunuhan itu. Perdana Menteri Denmark, Lars Løkke Rasmussen, menggelar pembunuhan itu bersifat binatang.

Perdana Menteri Norway, Erna Solberg mengatakan pembunuhan itu ‘kekejaman tidak bermakna kepada mereka yang tidak bersalah’.

Jurucakap kerajaan Maghribi, Mustapha Khalfi, menyifatkan pembunuhan itu sebagai ‘perlakuan pengganas’, manakala Perdana Menteri Maghribi, Saadeddine Othmani, mengatakan ia satu perbuatan ‘tikam belakang negara Maghribi dan rakyatnya’.

Pelancongan merupakan tunggak ekonomi Maghribi, yang memberi pendapatan sebanyak 10% kepada negara itu. Negara itu tidak pernah mengalami serangan pengganas sejak 2011, apabila serangan bom dilakukan di sebuah kafe di dataran Jamaa El Fna di Marrakesh, yang menyebabkan 17 orang terbunuh, kebanyakannya pelancong Eropah.

Gadis liberal yang naif

Beberapa orang personaliti di Twitter menyifatkan Louisa dan Maren sebagai naif kerana mereka wanita dan datang untuk mendaki di sana berdua sahaja.

Malah Maren dikatakan pernah mengongsi satu video propaganda Jerman mengenai sokongan kepada kepelbagaian kaum dan anti kulit putih.

Minat Louisa kepada alam semulajadi dan pengembaraan diabadikannya dalam video di bawah yang dimuat naiknya ke YouTube setahun lepas.


Video yang tersebar menunjukkan Louisa dibunuh dengan kejam dan ada yang mendakwa sukar untuk tidur dan melupakan kejahatan yang dilihat.

Dalam video itu, yang dipercayai berlaku di kawasan berbatu di waktu malam di pergunungan, dua orang lelaki bangsa Arab berdiri sementara Louisa tertiarap dalam keadaan seluarnya dilucutkan. Salah seorang dari mereka mengatakan, mereka membalas dendam untuk Hajin.

(Nota: Hajin ialah satu bandar kecil di Syria yang berada di bawah kawalan ISIS. Ia telah dibebaskan dari kawalan ISIS oleh Pasukan Demokratik Syria yang disokong Amerika Syarikat beberapa hari lepas.)

Louisa kemudiannya dikelar di belakang leher hidup-hidup dalam keadaan sedar. Dia membalikkan tubuh, namun suspek terus mengelar kerongkongnya sementara salah seorang lelaki memijak kepalanya. Dia memanggil ’emak’ dalam bahasa Denmark dan menjerit kesakitan, sebelum tidak sedarkan diri dan terus dikelar sehingga kepalanya terpisah.

Perbuatan itu dilakukan dan dirakamkan di bawah cahaya lampu suluh.

Suspek mengatakan ia ‘ketentuan Allah’.

Apa yang lebih menyedihkan, gambar kepala Louisa dan Maren telah dimuat naik oleh penduduk Maghribi di ruangan komen Facebook ibu Maren, iaitu Irene Ueland, mengucapkan takziah dan berjanji akan mendapatkan keadilan buat mereka berdua.

Kejadian itu dianggap satu peringatan buat para wanita agar menyertai kumpulan yang besar jika hendak mengembara di negara lain untuk memastikan keselamatan mereka.

Mereka juga dinasihatkan untuk tidak datang ke negara yang pernah menjadi sasaran pengganas melakukan serangan kepada pelancong barat.

Mayat Louisa dan Maren telah diterbangkan ke Denmark Jumaat lepas untuk dikebumikan. – amazingnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...