Dua ekor zirafah putih yang jarang ditemui ditemukan mati akibat dibunuh pemburu haram di sebuah pusat konservasi tempatan di Garissa, timur Kenya.
Ishaqbini Hirola ialah salah seorang Komuniti Pemuliharaan berkata dalam satu kenyataan, penemuan bangkai zirafah betina dan anaknya itu sekali gus menjadikan hanya seeokor sahaja zirafah putih yang tinggal di dunia. Ini merupakan berita yang sedih buat komuniti Ijara dan Kenya secara keseluruhannya.
Satu-satunya spesies yang tinggal adalah zirafah jantan yang dilahirkan oleh zirafah betina tersebut.
Mohammed Ahmednoor, pengerusi konservasi pula berkata, mereka adalah satu-satunya komuniti yang memelihara zirafah putih. Pembunuhan ini merupakan satu panggilan untuk menggesa usaha memelihara spesies yang jarang ditemui dan unik untuk diteruskan dengan lebih giat.
kematian dua ekor zirafah itu juga satu tamparan kepada pelancongan dan industri penyelidikan di kawasan terpencil di Kenya. Kerana, zirafah putih adalah tarikan terbesar untuk pelancongan di sini
Menurutnya lagi, kematian zirafah putih ini adalah kerugian jangka panjang memandangkan kajian dan penyelidikan genetik merupakan pelaburan yang penting di kawasan tersebut.
Menurut pakar, spesies zirafah yang jarang ditemui itu dipercayai mengalami mutasi pada genetik dikenali sebagai ‘leucism’ yang menyebabkan kehilangan pada sebahagian pigmen.
Difahamkan, kali terakhir aktivis hak haiwan melihat dua beranak itu ialah kira-kira sebulan yang lalu.