“Dua-Dua Isteri Saya Sayang..” – Datuk Red Sangkal Dakwaan Lebihkan Adira Daripada Datin Red

Trending

“Dua-Dua Isteri Saya Sayang..” – Datuk Red Sangkal Dakwaan Lebihkan Adira Daripada Datin Red

Sejak memaklumkan diri sendiri kini sudah muflis, usahawan Datuk Red sering kali dilihat melakukan live di TikTok untuk berniaga barangan yang dijual olehnya.

Datuk Red lebihkan Adira daripada Datin Red?

Terbaru, sambil menjual minyak wangi, Datuk Red melayan komen yang ditinggalkan oleh netizen.

Advertisement

Antara yang menarik perhatiannnya adalah komen dakwaan yang mengatakan usahawan itu pilih kasih terhadap bekas-bekas isteri, Datin Red dan Adira Suhaimi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ℝ ℍ (@adira.suhaimi)

‘Mana ada pilih kasih’

Hal itu dinafikan oleh tuan empunya badan, dimana Datuk Red merasakan dia sama sekali tidak memilih kasih antara kedua-dua bekas isteri dan mempunyai rasa sayang yang sama rata.

Eh tak adalah, sama saja sayang dua-dua. Cuma biasalah orang perempuan kan, masing-masing ada karakter masing-masing.

Kata usahawan itu lagi, perhatian akan lebih tertumpu jika dia bersama Adira kerana bekas isterinya itu merupakan seorang selebriti yang dikenali ramai.

Contoh, saya makan nasi lemak tepi jalan dengan Adira manakala saya makan nasi lemak bersama Datin Red di hotel lima bintang. Wartawan akan lebih tertumpu saya makan nasi lemak dengan Adira. Macam itulah perumpamaannya.

datuk red
2 months ago

"Dalam Hati Tiada Siapa Yang Tahu.." - Datuk Red Akui Hidup Tak Terurus Selepas Cerai, Berat Hati Lepaskan Datin Red

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...