Dua Doktor Bebas Dari Jangkitan Covid-19, Terkejut Lihat Kulit Menjadi Gelap

COVID-19

Dua Doktor Bebas Dari Jangkitan Covid-19, Terkejut Lihat Kulit Menjadi Gelap

Pandemik COVID-19 jelas membahayakan apabila kes positif dan kematian telah banyak dicatatkan di seluruh dunia. Bagi memutuskan rantaian penularan virus tersebut, penjarakan sosial dan perintah berkurung terpaksa dilakukan.

Selain itu, pesakit yang dijangkiti COVID-19 juga sukar dirawat ketika ini kerana masih tiada vaksin tepat yang berjaya ditemui.

Advertisement

instafamous
5 mins ago

Instafamous G*ntung Diri Ketika 'Live', Disyaki Cinta Dihalang Ibu Bapa

Baru-baru ini dikhabarkan terdapat dua orang doktor warga China yang telah dijangkiti COVID-19 sejak Febuari lalu namun berjaya pulih daripada virus tersebut.

Difahamkan, mereka berdua adalah doktor terawal yang telah dijangkiti virus tersebut ketika merawat pesakit COVID-19 di sebuah hospital di Wuhan sejak bulan Januari. Bagaimanapun, keadaan mereka dikatakan sangat serius apabila mereka terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan.

Namun, perkara itu telah menjadi sesuatu yang tidak asing lagi bagi petugas barisan hadapan yang bertanggungjawab memerangi virus tersebut kerana sering terdedah dengannya.

Tetapi disebabkan kedua-dua doktor ini telah dirawat dalam keadaan tidak sedarkan diri dan dalam jangka masa yang lama iaitu 39 hari, sudah semestinya banyak perkara yang mereka sudah terlepas, lebih-lebih lagi mengenai perkembangan terbaru berkenaan virus tersebut.

Oleh itu, dikatakan kedua-dua doktor yang masing-masing berusia 42 tahun itu telah terkejut apabila melihat perubahan warna kulit yang telah dialami.

Dr Yi Dr Hu

Difahamkan, perubahan kulit yang terjadi pada kedua-dua doktor tersebut adalah berpunca daripada penggunaan alat bantuan pernafasan yang dterima oleh mereka berdua dan juga kesan sampingan daripada sejenis ubat yang diberikan semasa peringkat awal rawatan sejak 18 januari yang lalu di Hospital Pulmonari Wuhan.

Bagaimanapun, perubahan warna kulit itu juga dipercayai berlaku disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon yang terjadi akibat kerosakkan hati ketika diserang virus tersebut.

Dr Yi dan Dr Hu kedua-dua yang pulih juga dikatakan pernah bekerjasama dengan Dr Li Wenliang yang maut akibat COVID-19 pada 7 Febuari lalu sehingga mencetuskan kesedihan dan kemarahan orang ramai terhadap krisis yang berlaku sehingga kini.

Kedua-dua mereka kini dikatakan sedang menerima rawatan sokongan kesihatan mental akibat pengalaman trauma yang dialami.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...