“Dua Daripada Mereka Adalah Muslim!” – PU Syed Tegur Kumpulan Dolla, Seksi Terlampau Sampai Sakit Mata

Hiburan

“Dua Daripada Mereka Adalah Muslim!” – PU Syed Tegur Kumpulan Dolla, Seksi Terlampau Sampai Sakit Mata

Pencetus Ummah (PU) Syed sekali lagi berasa terpanggil untuk menegur kumpulan muzik, Dolla gara-gara penampilan mereka yang seksi dalam lagu terbaru yang berjudul Damelo.

Teguran itu dibuat Syed menerusi satu hantaran di Instagram di mana dia mempertikaikan baju yang dipakai setiap ahli kumpulan terutamanya Sabronzo dan Syasya yang beragama muslim.

Advertisement

Semakin hari semakin rancak dan bebas tanpa segan silu memakai pakaian mengikut kehendak pasaran.

Dalam carian google ambe dapati, dua daripada empat ahli kumpuan ini rupanya adalah muslim. Kenapa mereka berani berpakaian seperti yang dinyatakan oleh insan yang PM ambe itu.

Ujarnya lagi, dia kecewa apabila garis panduan dalam berpakaian cara islam seperti diabaikan dan tidak dipatuhi.

PU Syed juga menganggap pemakaian yang terlalu seksi itu seolah-olah telah mencemarkan imej Islam.

Pendakwah itu juga menyatakan bahawa dia dan asatizah yang lain tidak mempunyai kuasa dan hanya mampu mencegah masyarakat daripada terus hanyut dengan nafsu.

Kami asatizah tidak mampu untuk berbuat apa-apa dan cuma hanya mampu mencegah masyarakat khasnya umat Islam dari terus hanyut dalam hiburan yang tidak kenal batas halal dan haram.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Nabil Mahir
1 year ago

"Tersasul Waktu Bercakap" - Nabil Mahir Beri Respon Isu 'Berpeluh-Peluh' Buat Anak Kedua

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...