Dua Cawangan Xing Fu Tang Disimbah Cat Merah, Lima Kali Diganggu Individu Tak Dikenali

Trending

Dua Cawangan Xing Fu Tang Disimbah Cat Merah, Lima Kali Diganggu Individu Tak Dikenali

Semua pasti mengenali jenama minuman boba terkenal dari Taiwan iaitu Xing Fu Tang. Baru-baru ini, dua cawangan mereka disimbah dengan cat merah oleh individu tak dikenali. Cawangan di SS15 dan Sri Petaling didakwa ‘diganggu’ sebanyak lima kali antara 17 Oktober dan 26 Oktober.

“Kami tak tahu siapa yang lakukan, tapi kami takkan tunduk pada samseng.”

Berdasarkan gambar yang dikongsi di Facebook, cat merah disimbah pada papan tanda kedai, pintu kedai dan juga kereta yang berada di hadapan kedai.

Advertisement

xing fu tang
xing fu tang
xing fu tang
Syarikat Xing Fu Tang Malaysia sudah membuat laporan polis berhubung insiden itu dan rakaman CCTV juga telah diserahkan kepada pihak berkuasa.

Pada masa ini juga, Collab Working Lifestyle syarikat yang membawa jenama Xing Fu Tang ke Malaysia sedang mempunyai pertelingkahan dengan syarikat induk di Taiwan. Xing Fu Tang Taiwan telah menuduh Collab Working Lifestyle mengenakan permintaan tak masuk akal.

Menurut China Press, Xing Fu Tang Taiwan mahu menamatkan kontrak mereka dengan Collab Working Lifestyle.

Faktor pertelingkahan dikatakan kerana mereka tak setuju mesin pembuatan boba berbentuk ‘hati’ berharga RM120,000 yang perlu dibeli dan diletakkan di semua cawangan Xing Fu Tang di Malaysia.

Tetapi Collab Working Lifestyle yang telah menandatangani kontrak selama 10 tahun tidak bersetuju dengan dakwaan itu.

Pengarah eksekutif Collab Working Lifestyle, Derek Cheong mengesahkan tak ada sesiapa tercedera dalam serangan itu. Insiden serangan ini juga masih lagi dalam siasatan pihak berkuasa.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...