“Dua Bulan Tak Jumpa, Qaira Perlukan Ayahnya Juga” – Kamal Adli Nak Pertahan Perkahwinan, Uqasha Nekad Cerai

Hiburan

“Dua Bulan Tak Jumpa, Qaira Perlukan Ayahnya Juga” – Kamal Adli Nak Pertahan Perkahwinan, Uqasha Nekad Cerai

Pelakon Kamal Adli tiba di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada jam 9:34 pagi bagi prosiding kes perceraian bersama isterinya, aktres Uqasha Senrose.

Kamal, 39, ketika ditemui media berkata sudah hampir dua bulan tidak bersemuka dengan Uqasha dan memohon orang ramai mendoakan yang terbaik buat mereka.

Advertisement

Saya sihat hari ini, mohon semua doakan yang terbaik untuk kami. Jika Uqasha dengan pendirian dia (tekad mahu cerai), saya juga dengan pendirian saya (pertahankan).

Sudah hampir dua bulan tidak berjumpa dengan dia dan hari ini pertama kali jumpa. Saya masih tak dapat hubungi dia. Anak saya perlukan ayah dan ibunya.

Kamal hadir bersama peguam Abdul Hadi Mohammad Salleh, ditemani beberapa individu dipercayai rakan-rakannya.

Uqasha Nekad Teruskan Perceraian

Uqasha, yang tiba kira-kira lima minit lebih awal, turut menyatakan bahawa dia tetap dengan keputusan untuk berpisah.

Saya nekad. Doakan semuanya dipermudahkan.

Beliau hadir bersama peguam Muhammad Syazmee Bin Sapian, ibunya Rosmizah Mohd Noor, serta adiknya, pelakon Nelydia Senrose.

Untuk rekod, Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Senrose Nik Sen, 33, memfailkan permohonan cerai terhadap Kamal pada 1 Oktober lalu di mahkamah sama.

Pasangan ini bernikah pada 5 November 2021 dalam sebuah majlis di Janda Baik, Pahang. Mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Hawra Uqaira, kini berusia setahun tujuh bulan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Malique Ibrahim
2025-11-19 09:42:25

Malique Ibrahim Beri Bayangan Bakal Hadir Konsert KRU, Peminat 'Histeria' - "Sudah Agak Lama, Jumpa Nanti"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : OhBulan

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...