Dua Bulan Senyap, Netizen Gesa Zul Aqil ‘Refund’ Duit Tiket Konsert One Love Music Festival -“Ni Kau Hilang Terus”

Hiburan

Dua Bulan Senyap, Netizen Gesa Zul Aqil ‘Refund’ Duit Tiket Konsert One Love Music Festival -“Ni Kau Hilang Terus”

Sebelum ini tular mengenai pembatalan saat akhir konsert One Love Music Festival sekitar akhir tahun lalu yang telah mengundang kemarahan orang ramai.

Difahamkan, penganjur konsert berkenaan yang dikenali sebagai Muhammad Zul Aqil didakwa terus menghilangkan diri dan mengunci mulut mengenai isu pemulangan wang pembeli tiket acara tersebut.

Advertisement

Di TikTok, ramai yang telah membeli tiket itu sebelum ini tampil menggesa agar lelaki itu untuk menyegerakan urusan ‘refund’ kepada pembeli tiket.

Kami diam bukan kami terima apa yang awak buat dekat kami. Zul Aqil, dah hampir masuk dua bulan isu ini berlalu. Boleh tak kau tolong pulang semula duit kami.

Jangan bagi alasan macam kau teraniaya. Itu bukan masalah kami, masalah kami sekarang adalah mahu semula duit kami. Kalau tak mampu nak pulangkan duit dengan segera, setidaknya keluarkan kenyataan. Ini kau hilang.

Netizen juga merasakan Zul Aqil tidak mempunyai rasa serba salah kerana menganiaya orang lain.

Kepada penganjur acara yang masih setahun jagung, kalau tak mampu buat acara besar, tolong jangan buat. Orang yang beli tiket konsert itu ada dalam kalangan anak yatim piatu dan orang susah, kau tak rasa serba salah ke makan duit haram?

Saya juga tak gemar apabila dia suka ‘play victim’, putar belit cerita. Kau bukan tipu seorang dua, tapi beribu orang.

Sebelum ini, Konsert One Love Music Festival yang dijadualkan berlangsung di MAEPS, Serdang pada 21 Disember tahun lalu terpaksa dibatalkan pada saat akhir.

Menurut Aqil, keputusan tersebut dibuat kerana kekurangan dana untuk menampung kos penganjuran.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

kelana shamsudin
2 hours ago

"Walaupun Saya Salah, Kita Boleh Bincang. Kalau Awak Masih Panjangkan Lagi, Saya Tak Teragak-Agak Ambil Tindakan" - Kelana Shamsudin

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...