Dua Bulan Lebih Alami Batuk, Rupa-Rupanya Lintah Gergasi Bersarang Dalam Kerongkong

Trending

Dua Bulan Lebih Alami Batuk, Rupa-Rupanya Lintah Gergasi Bersarang Dalam Kerongkong

Pelik tapi itulah kenyataannya apabila seekor lintah ditemui di dalam kerongkong seorang lelaki yang mengalami batuk selama dua bulan lebih.

lintah

Advertisement

Lintah yang bersaiz luar biasa itu berukuran sepanjang 10 cm. Haiwan invertebrate tersebut berjaya dikeluarkan dari kerongkong dan masih hidup!

Pesakit bernama Li itu cuba menyembuhkan tekaknya yang mengalami kegatalan dan batuk berdarah selama dua bulan tetapi salah diagnosis beberapa kali.

Penyakit misterinya itu terjawab apabila dia berjumpa pakar di Hospital Perubatan Tradisional Cina Xingwen di bandar Yibin, China.

Doktor Zhang Dadong melakukan endoskopi ke atas Li dan segera menemui lintah besar yang melekat di dinding salur udaranya.

lintah

Lintah itu sukar dikeluarkan sehingga doktor terpaksa meminta pertolongan daripada rakan-rakan dan akhirnya lintah itu berjaya ‘ditundukkan’ dengan menggunakan sedatif aerosol.

Dr Zhang kemudiannya dapat menarik lintah menggunakan sepasang forceps.

Sumber Berita: Mirror UK

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...