Dua Beradik Menangis Kerana Curi Makanan

Trending

Dua Beradik Menangis Kerana Curi Makanan

Dua adik-beradik perempuan yang mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mencuri pelbagai jenis makanan bernilai hampir RM500, menangis teresak-esak di Mahkamah Majistret di sini hari ini sepanjang prosiding kes mereka.

Advertisement

Penganggur, Nalira Shidika Kathemiran, 19 dan adiknya berusia 17 tahun juga menangis semasa pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Majistret Salamiah Salleh.

Mereka didakwa bersama-sama mencuri pelbagai jenis makanan antaranya nuget ayam, daging burger, susu tepung, gula dan barang-barang lain di pasar raya AEON One Utama, Bandar Utama, Damansara, di sini, pada 6.56 petang, 5 Oktokber lepas.

Mereka yang memakai baju T sedondon berwarna hitam didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimun 10 tahun dan boleh juga dikenakan denda.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Mary Phoon Keat Mee tidak menawarkan sebarang jaminan namun kedua-dua beradik perempuan yang diwakili peguam, Mohd Syazwan Mohd Hasan merayu supaya dibenarkan diikat jamin yang rendah dengan alasan mereka menjaga ibu yang menghidap sakit jantung.

Salamiah membenarkan Nalira diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin manakala adiknya RM1,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 8 Nov untuk sebutan semula kes. – Bernama

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...