Dua Beradik Dijumpai Tepi Jalan Bukan Dibuang Ibu Bapa, Ini Kisah Sebenar Di Sebalik Video Tular

Trending

Dua Beradik Dijumpai Tepi Jalan Bukan Dibuang Ibu Bapa, Ini Kisah Sebenar Di Sebalik Video Tular

Tular video memaparkan dua kanak-kanak yang merupakan adik beradik ditemui oleh orang awam di tepi jalan bersama botol susu.

Difahamkan, dua beradik itu ditemui di Garden Avenue, Seremban 2 dan si adik dilihat memeluk kakaknya di bahu jalan.

Advertisement

Rakaman itu mendapat perhatian ramai kerana dakwaan bahawa kedua ibu bapa dua beradik tersebut meninggalkan anak mereka dengan satu botol berisi susu begitu sahaja.

 

Bukan dibuang ibu bapa

Bagaimanapun, komen netizen di media sosial meraih perhatian apabila ibu bapa dua beradik terbabit dikatakan sudah mengambil anak mereka di Balai Polis Seremban 2.

Berdasarkan penjelasan di ruangan komen, dua kanak-kanak tersebut bukanlah ditinggalkan seperti yang didakwa sebaliknya si kakak dkatakan telah membawa adiknya itu keluar dari rumah sewaktu bapa mereka sedang tidur.

Ayah dia terlelap. Anak keluar buka pintu sendiri bawa adik. Anak pertama tu anak istimewa.

dua beradik bukan dibuang ibu bapa

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din juga mengesahkan hal itu dan berkata dua kanak-kanak tersebut sudah dibawa pulang oleh keluarga.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2025-07-10 16:15:08

Tular Kanak-Kanak Dipaksa 'Mengemis' Pakai Kostum Katak, Ibu Ditegur Tapi Menjawab - "Biar La Anak Saya Bukan Anak Awak"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...