Dua Anggota TLDM Yang Meninggal Diklasifikasikan Sebagai Kes Bunuh: Keluarga Lantik Peguam

Trending

Dua Anggota TLDM Yang Meninggal Diklasifikasikan Sebagai Kes Bunuh: Keluarga Lantik Peguam

nurliyaasmiraisteritentera_TLDMyangmeninggal

Keluarga anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Nik Muhammad Baihaqy Nik Mat, 28, yang meninggal dunia petang Jumaat lalu dipercayai didera, sudah melantik peguam. Kakak sulung kepada arwah, Nik Noorliliwati Nik Mat, 44, berkata perkara itu dimaklumkan keluarga isteri Nik Muhammad Baihaqy bahawa mereka sudah melantik peguam sebaik saja mengetahui kematian arwah akibat dibunuh.

Advertisement

Katanya, tindakan itu dibuat atas persetujuan semua ahli keluarga

“Kami tidak sangka dan cukup terkejut kerana adik saya meninggal dunia akibat pendarahan paru-paru dipercayai daripada penderaan, bukannya kematian mengejut seperti dimaklumkan polis sebelum ini.

“Kesalahan arwah hanya sekadar tatatertib, namun dihukum sehingga meragut nyawa dan menjadi kes bunuh. Saya cukup kecewa dengan kawalan TLDM yang membiarkan insiden ini berlaku.

“Apa yang berlaku sekalipun, ahli keluarga akan mengambil semua tindakan sewajarnya bagi menegakkan keadilan, terutama untuk tiga anaknya yang berusia antara 10 bulan hingga empat tahun,” katanya ketika ditemui, di sini, hari ini.

Jenazah Laskar Kelas 1, Nik Muhammad Baihaqy atau dipanggil Eqiey yang meninggal dunia selepas menjalani latihan fizikal di Bilik Tahanan Unit Sungai Wangi, Sitiawan, Ipoh, kelmarin, selamat dikebumikan pada jam 5.50 pagi tadi.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Noor Bazlin Mohammad, 28, dan tiga anaknya, Nik Adam Mikail, 4; Nik Aisyah Azzahra, 2; serta Nik Anas Naufal berusia 10 bulan.

Mangsa kedua Allahyarham Muhammad Lailatulman Mohd Sukri, 26 pula meninggalkan seorang balu dan seorang anak berusia 4 bulan.

“Saya hanya mahukan pembelaan terhadap kematian suami,” kata Nur Liya Asmira Yahya, 24

Nur Liya Asmira yang enggan mengulas lanjut kerana masih bersedih dengan kejadian itu mengakui terkilan sebaik mendapat tahu punca sebenar kematian suami tersayang.

Nur Liya Asmira yang ditemui Berita Harian di kediamannya di Kampung Bagus menangis setiap kali orang ramai yang hadir bertanyakan kejadian menimpa suaminya dan hanya memeluk anak bongsunya, Aisyah Humaira yang berusia empat bulan.

Dia turut meminta pihak media memberi ruang kepadanya kerana masih terkejut dengan kejadian menimpa mereka sekeluarga.

Siasatan polis terhadap kes kematian dua anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di dalam tahanan kini menjurus kepada faktor kedua-dua mangsa didera secara fizikal oleh tiga suspek sehingga mengalami kecederaan mengakibatkan maut.

Ia berikutan hasil bedah siasat terhadap Laskar Kelas 1 Nik Muhammad Baihaqy Nik Mat, 28, mendapati punca kematian akibat pendarahan paru-paru akibat daripada trauma tumpul, manakala kematian Muhammad Lailatuliman Mohd Sukri, 26, pula disebabkan pendarahan paru-paru serta trauma tumpul pada tisu lembut.

Ketua Siasatan Jenayah Polis Perak, Datuk Gan Tian Kee, berkata ia juga berdasarkan rakaman percakapan 11 pengawal bilik tahanan yang bertugas di Pusat Tahanan Unit Sungai Wangi, Sitiawan, ketika kejadian itu berlaku.

“Polis juga merakam percakapan lapan tahanan lain yang turut berada di pusat tahanan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, awal pagi tadi.

Berikutan itu, katanya, polis menahan tiga suspek berusia 29, 37 dan 44 tahun yang bertugas sebagai pengawal bilik tahanan berkenaan yang bekerja syif daripada jam 10 pagi hingga 10 malam pada Jumaat lalu.

Pada masa sama, katanya, polis merampas set rakaman kamera litar tertutup (CCTV), tujuh cota berbentuk T, buku log bertugas yang juga buku perintah tetap bilik tahanan Unit Sungai Wangi dan tiga `headphone’ jenama Asus, Samsung serta Huawei.

Sebelum ini, polis dimaklumkan mangsa berusia 28 tahun dikenakan hukuman selama 45 hari bermula Rabu lalu atas kesalahan tidak hadir dalam sesuatu tugas perkhidmatan, yang bertentangan dengan Seksyen 58 Akta Angkatan Tentera 1972.

Katanya, polis juga masih menunggu laporan kimia kerana mangsa turut disyaki terbabit kes penyalahgunaan dadah, manakala mangsa berusia 26 tahun pula dikenakan tahanan kerana tidak hadir bertugas tanpa kelulusan cuti.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...