Dua Anggota TLDM Meninggal Kerana Sesak Nafas: Isteri Mahukan Kepastian

Trending

Dua Anggota TLDM Meninggal Kerana Sesak Nafas: Isteri Mahukan Kepastian

Foto oleh Muhaizan Yahya

Kemarin 2 anggota TLDM Laskar Kelas I, Mohd Baihaqy Nik Mat, 28 dan Laskar Kelas I Muhammad Lailatulman Mohd Sukri, 26 dilaporkan meninggal dunia di Bilik Tahanan Unit Sungai Wangi, Sitiawan, Perak ketika menjalani latihan fizikal di kem berkenaan.

Advertisement

TLDM menubuhkan lembaga siasatan bagi meneliti prosedur operasi standard (SOP) latihan fizikal dan memaklumkan punca sebenar kematian dua anggotanya itu masih dalam siasatan polis.

Kenyataan itu turut memaklumkan hasil siasatan awal mendapati dua anggota terbabit mengadu penat dan direhatkan sebelum muntah dan sesak nafas dan diberi rawatan awal oleh petugas pusat tahanan.

Ia juga memaklumkan, mereka disahkan meninggal dunia oleh petugas paramedik yang tiba pada jam 3.15 petang dan hasil pemeriksaan awal doktor tidak menunjukkan sebarang kesan pukulan atau penderaan fizikal.

Ketika ditemu bual oleh Berita Harian isteri kepada arwah Laskar Kelas I, Mohd Baihaqy Nik Mat inginkan kepastian sebenar akan punca kematian suaminya

“Saya nak lihat sendiri arwah suami, nak baca laporan bedah siasat. Saya inginkan kepastian punca sebenar kematiannya,” kata Bazlin Mohammad, 28.

Jururawat berkenaan berkata, arwah seorang yang sihat dan tidak menghidapi apa-apa penyakit.

“Sebagai jururawat, saya tahu keadaan kesihatan manusia. Maklumat awal mengenai kematian suami, saya tidak boleh saya terima setakat ini,” katanya ketika dihubungi BH, sebentar tadi.

Sambil menegaskan tidak berpuas hati dengan laporan awal kematian suaminya, Bazlin berkata, beliau melihat penjelasan itu tidak jelas dan meragukan.

“Ketika pegawai di tempat arwah bekerja memaklumkan suami meninggal dunia ketika dalam tahanan, saya tidak percaya dia boleh mati begitu sahaja.

“Takkanlah suami dan rakannya yang turut dikenakan tindakan tahanan, boleh muntah dan sesak nafas bersama-sama,” katanya yang kini berada di Hospital Ipoh menunggu jenazah suaminya.

Bazlin berkata, kali terakhir dia berhubung dengan suaminya pada Rabu lalu.

“Suami memaklumkan, dia dikenakan tindakan tahanan selepas melanggar peraturan ketika berada di sana, beberapa kali lewat ke tempat kerja. Kali terakhir dia lewat pada Isnin lalu.

“Dia juga sempat berpesan kepada saya pada malam Ahad untuk mengejutkannya pagi Isnin itu, namun dia terlewat bangun dan masuk kerja lewat.

“Ketika menghubungi saya, dia berpesan supaya saya tidak risau kerana tindakan tahanan adalah perkara biasa,” katanya.

Laskar Kelas I Muhammad Lailatulman Mohd Sukri, 26 pula meninggalkan seorang balu dan seorang anak yang hanya berusia beberapa bulan sahaja.

Kenyataan rasmi melalui Twitter TLDM

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...