September 24th, 2020

Terharu dengan apa yang diberikan, usahawan kosmetik Datuk Seri Vida (DSV) dilihat tidak dapat menahan sebak apabila air matanya mengalir ketika menerima hadiah berupa tas tangan berjenama mewah berharga RM30,000 daripada pengurus pemasarannya, Ahmad Iqbal Zulkefli.

DSV Menangis Staf Hadiahkan Beg Tangan Berharga RM30,000

Dalam video yang dikongsi di laman Instagramnya, pekerjanya yang lebih mesra disapa Iqbal itu memaklumkan Iqbal beliau bertindak menghadiahkan beg tangan tersebut sebagai tanda terima kasih kerana DSV difahamkan telah banyak membantunya selama ini.

Kata Iqbal lagi, wanita itu juga tidak penat membantunya dan memberi tunjuk ajar dalam selok belok perniagaan sehingga berjaya meraih kejayaan seperti hari ini.

Dedahnya lagi, DSV menerusi rakaman video tersebut difahamkan langsung tidak menyangka Iqbal sanggup membelanjakan wang yang banyak hanya untuk memberikannya hadiah tersebut.

DSV Menangis Staf Hadiahkan Beg Tangan Berharga RM30,000

“Saya tidak sangka Iqbal mampu untuk membelikan hadiah semahal ini kepada saya. Saya berbangga kerana Iqbal berjaya dalam perniagaannya hari ini. Iqbal bertatih dari bawah sehingga dia mampu mengecapi kejayaan dan menjalani kehidupan dengan lebih baik sekarang.”

Ujar DSV, beg tangan edisi terhad berjenama Christian Dior itu sudah lama diidamkan.

DSV Menangis Staf Hadiahkan Beg Tangan Berharga RM30,000

“Saya sebelum ini memang ada tengok beg tangan ni. Tapi tangguhkan hasrat membelinya, tak sangka impian untuk memilikinya tercapai. Saya menangis bukan kerana beg tangan ini mahal tetapi kerana saya tidak pernah menerima hadiah daripada sesiapa selalunya saya yang bagi orang hadiah.”

DSV Menangis Staf Hadiahkan Beg Tangan Berharga RM30,000

Untuk rekod, DSV merupakan antara ushawan yang berjaya di Malaysia. Biarpun sering kali dikecam riak kerana suka menunjuk-nunjuk barangan jenama mewah yang dimiliki, namun beliau yang popular dengan sikap profesionalnya langsung tidak pernah berdiam diri apabila pelbagai kejayaan demi kejayaan diraihnya sehingga kini dalam dunia perniagaan.


4 responses to “DSV Menangis Staf Hadiahkan Beg Tangan Berharga RM30,000”

  1. anonymous says:

    hmmmm pahamm dal lama sgt suramm ,,buat lah drama skit kan

  2. div says:

    sembang ape ntah

  3. Tudung saji says:

    Emmmm…. Drama..

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...