Ibu mana yang tidak sayangkan anak-anak? Begitu juga dengan Datuk Seri Vida, selalu sahaja ingin memberikan yang terbaik buat anak-anaknya.
Bersempena bermulanya sesi persekolahan 2019, DSV telah menghadiahkan anak perempuannya, Cik B sebuah buku nota jenama mewah Louis Vuitton berharga RM3,000. Ia adalah ganjaran buat Cik B yang rajin ke sekolah.
Namun, seperti biasa ada juga pihak yang mengecam DSV terlalu memanjakan anaknya dan seolah-olah ingin menunjuk kekayaannya.
Kalau dah mampu apa salahnya? Lagipun berikan hadiah untuk anak sendiri. Semoga Cik B selalu menghargai jasa ibunya.