Ibu mana yang tidak sayangkan anak-anak? Begitu juga dengan Datuk Seri Vida, selalu sahaja ingin memberikan yang terbaik buat anak-anaknya.
Bersempena bermulanya sesi persekolahan 2019, DSV telah menghadiahkan anak perempuannya, Cik B sebuah buku nota jenama mewah Louis Vuitton berharga RM3,000. Ia adalah ganjaran buat Cik B yang rajin ke sekolah.
Namun, seperti biasa ada juga pihak yang mengecam DSV terlalu memanjakan anaknya dan seolah-olah ingin menunjuk kekayaannya.
Kalau dah mampu apa salahnya? Lagipun berikan hadiah untuk anak sendiri. Semoga Cik B selalu menghargai jasa ibunya.

Anonymous
January 14, 2019 at 9:34 am
Takat NB harga 3,000 tu. no big deal. Tak payah kecoh2. Ramai lagi orang kt luar sana tu yg belikan anak benda branded bagai. Tapi biasa biasa jer. Tak menunjuk. Tak nak tunjuk collection kasut laboutin ke?