DS Vida Luah Rasa Bimbang Terhadap Tahap Kesihatan Cik B

Hiburan

DS Vida Luah Rasa Bimbang Terhadap Tahap Kesihatan Cik B

Usahawan tersohor, Datuk Seri Vida baru-baru ini menzahirkan rasa kebimbangan terhadap tahap kesihatan anak perempuannya, Cik B yang kini dilaporkan telah dijangkiti virus Covid-19.

DS Vida
2 years ago

Tak 'Tekan' Suami Minta Hantaran Tinggi, DS Vida Tersentuh Hati Dengan Jasmin Hamid

Advertisement

Vida memberitahu yang dia tidak pasti sama ada anaknya itu harus meneruskan sahaja tempoh kuarantin di rumah atau sebaiknya dipindahkan ke pusat kuarantin untuk rawatan serta penjagaan yang lebih rapi.

Cik B kuarantin di rumah. Okay ke? Atau baik duduk pusat kuarantin? Saya keliru juga.

Perkara tersebut dikongsikan Vida menerusi sebuah hantaran di laman Instagram miliknya untuk tatapan peminat serta pengikutnya.

Dalam perkongsian tersebut, Vida turut merakamkan ucapan penghargaannya kepada semua pihak yang telah memberikan panduan dan tunjuk ajar kepadanya tentang cara-cara untuk menjaga anaknya itu.

Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman turut memaklumkan yang Cik B telah pun menunjukkan beberapa simptom demam seperti mata kemerahan serta hilang deria bau dan rasa.

Awalnya saya panik luluh hati bila dapat tahu Cik B positif. Mujurlah Allah bagi kemudahan dan ramai yang mendoakan.

DS Vida & Cik B

Pada masa yang sama, Vida sempat memohon jasa baik semua orang agar dapat mendoakan semoga anaknya itu mampu sembuh daripada virus itu dan dapat kembali pulih seperti sedia kala.

Menjengah ke ruangan komen hantaran Vida itu, rata-rata netizen turut meluahkan rasa risau selain turut menitipkan kata-kata semangat serta doa buat Vida dan Cik B.

Sekadar info, Cik B baru-baru ini telah memaklumkan tentang perkhabaran mengejutkan mengenai tahap kesihatannya itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...