DS Vida Buat Majlis Hari Jadi Tema Perkahwinan, Sempena Resepsi Nikah Yang Tak Jadi

Hiburan

DS Vida Buat Majlis Hari Jadi Tema Perkahwinan, Sempena Resepsi Nikah Yang Tak Jadi

Berikutan majlis perkahwinan usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida bersama bekas pembantu peribadinya, Iqbal Zulkefli tidak menjadi kenyataan, nampaknya ‘resepsi’ tersebut telah bertukar menjadi majlis sambutan hari jadi Vida pula yang disambut baru-baru ini.

DS Vida
3 years ago

Sempena Sambutan Umur Setengah Abad, DS Vida Hanya Mahu Kasih Sayang Allah S.W.T

Advertisement

Meraikan hari berbahagia itu bersama kedua anaknya iaitu Kacak dan Cik B, majlis hari jadi bertemakan resepsi perkahwinan itu sepatutunya menjadi hari perkahwinan dia yang dirancang pada Disember ini.

Idea tersebut rupanya datang daripada kedua-dua anak kesayangan Vida itu agar ibunya gembira dan tidak bersedih lagi.

“Deposit sudah dibayar dan kami telah tempah awal bagi majlis bulan Disember tapi tak jadi, maka kami buat untuk kali ini.” jelas Kacak.

Menerusi ruangan Instagram, rumah mewah Vida dan anak-anak telah bertukar dengan tema merah dan putih seperti di dewan perkahwinan.

Sekadar info, DS Vida telah meraikan hari lahirnya yang ke-50 pada Selasa lalu. Menurut jutawan kosmetik ini, dia hanya inginkan doa yang baik-baik daripada peminat dan bukanlah harta dan hadiah mewah kerana  sudahpun memiliki semuanya.

 

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...