‘Dream Wedding’ Hancur Gara-Gara PKP, Neelofa Bakal Kongsi Mengenai Perkahwinan Dalam Masa Terdekat

Hiburan

‘Dream Wedding’ Hancur Gara-Gara PKP, Neelofa Bakal Kongsi Mengenai Perkahwinan Dalam Masa Terdekat

Bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama sahaja lagi, personaliti TV dan juga usahawan terkenal, Neelofa berkata bahawa dia akan berkongsikan mengenai perincian majlis tersebut dalam masa terdekat kepada peminat dan juga rakan media.

NeelofaSumber : Kosmo Online  

Difahamkan, majlis yang dijangka berlangsung pada bulan Mac depan bersama kekasih hati, PU RIZ itu agak sedikit ‘hancur’ kerana banyak yang perlu dikorbankan gara-gara perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dijalankan kini.

Advertisement

Menganggap kesulitan yang dialaminya kini itu sebagai cabaran dalam usaha menghalalkan sebuah perhubungan, Neelofa walau bagaimanapun turut merasakan orang lain yang mempunyai perancangan mendirikan rumah tangga turut berdepan situasi yang sama.

View this post on Instagram

A post shared by Neelofa (@neelofa)

“Semua pasangan ada ‘dream wedding’. Saya percaya ramai yang terpaksa korbankan hal ini sebab situasi sekarang sangat tidak mengizinkan. Saya sendiri sudah berbincang dengan perancang perkahwinan, disebabkan pandemik dan kes yang masih tidak surut-surut, banyak perkara yang terpaksa dikorbankan. Insya-Allah. Kita buat apa yang boleh sahaja.”

Tambah Neelofa lagi,desas-desus mengenai perkahwinannya bakal dipercepatkan yang sebelum ini telah menjadi perbualan netizen itu tidak dapat diputuskan lagi dan dia sendiri tidak dapat memberi jawapan yang muktamad mengenai persoalan tersebut.

NeelofaSumber : Kosmo Online  

“Saya akan kongsi dalam masa terdekat. Dengan keadaan sekarang, banyak perkara yang terhad. Saya sendiri cuba mendapatkan kepastian dengan menghubungi beberapa pihak sama ada sesuai atau tidak untuk mengadakan majlis.”

Meskipun masih ada beberapa perkara berkaitan perkahwinan yang masih belum jelas buat ketika ini, Neelofa berkata hubungan antara dirinya, keluarga dan pendakwah selebriti itu kini semakin baik dan positif.

“Banyak perkara yang masih belum jelas. Hubungan saya dan PU Riz bagaimanapun semakin baik dan positif. Alhamdullilah. Saya akan kongsi. Jangan risau.” – Neelofa

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...