Written by AbangNara | August 9th, 2019

Hari ini episod terakhir drama Utusan Cinta Buat Adam bakal ditayangkan. Diadaptasi daripada novel dengan tajuk yang sama, drama ini menampilkan Kamal Adli, Puteri Aishah dan Sharifah Sakinah sebagai tunjang utamanya. Ditayangkan di slot Akasia setiap Isnin – Jumaat pada jam 7 malam di TV3, lakonan Puteri Aishah dan Sharifah Sakinah di dalam drama ini berjaya membuatkan netizen terbuai-buai dengan emosi geram, marah, sedih serta gembira.

utusan untuk adam

Ha mari kita baca sedikit sinopsis drama Utusan Cinta Buat Adam ini yang mempunyai 28 episod:-

Mengisahkan Aireen Husna (Puteri Aishah), seorang arkitek yang sering kali ternampak Adam Firdaus di masjid yang selalu dikunjunginya. Aireen jatuh hati pada Adam walaupun tidak dapat mengenali siapa Adam sebenarnya. Aireen mengimpikan calon suami yang beriman dan mendambakan cinta setulus cinta Rasullah dan Siti Khadijah. Kagum dengan kesungguhan Siti Khadijah untuk memiliki Rasullulah, Aireen mula merisik siapakah Adam dan terus melamarnya.

Adam binggung menerima lamaran daripada Aireen. Desakan daripada Tok Wan (Kartina Aziz) yang mahu Adam berkahwin dengan Liyana (Sharifah Sakinah) tidak menyenangkan Adam. Namun akhirnya, Adam memilih untuk menerima lamaran Aireen.

Persetujuan Adam mengahwini Aireen menggembirakan semua ahli keluarga kecuali Tok Wan yang merasakan Adam menderhaka. Tok Wan marah Adam menolak pilihannya. Kemarahannya semakin memuncak apabila Adam dan Aireen tetap disatukan walaupun puas dia menghalang. Aireen menganggap Adam menerimanya kerana kasihan tetapi pendirian Adam pula berbeza. Adam inginkan satu hubungan yang lebih diredai iaitu selepas mereka disatukan.

Di hari pernikahan mereka, Adam tidak sangka gadis yang sudah beberapa kali ditemuinya itu ialah isternya, Adam sangat gembira kerana dia memang sudah jatuh hati pada Aireen. Walaupun Adam dan Aireen bukan berkahwin atas dasar cinta, mereka saling lengkap melengkapi dan menjalani fasa baharu dengan penuh kasih sayang.

Ketika perkahwinan mereka menjengah tiga bulan, Aireen masih belum mengandung. Tok Wan mula campur tangan dan menyuruh Aireen membuat pemeriksaan kesuburan. Aireen didapati mempunyai masalah untuk hamil dan terpaksa menjalani rawatan kesuburan jika mahu hamil. Aireen kecewa tetapi Adam tetap tenang dan bersetuju agar Aireen melalui sesi rawatan seperti yang dinasihatkan oleh ibu mertuanya.

Tok Wan semakin membenci Aireen sebaik mengetahui perkara tersebut. Dia mendeasak Adam berkahwin lagi tetapi Adam tidak bersetuju. Aireen juga tegas menghalang. Sakit hati dengan penolakan Adam dan bantahan Aireen, Tok Wan semakin berang. Setelah dihasut oleh Liyana, Tok Wan mula mengunakan ilmu hitam untuk memisahkan Adam dan Aireen. Bahagaimanakah Adam dan Aireen mempertahankan mahligai cinta mereka?

utusan untuk adam

Untuk makluman, setiap kali drama ini ditayangkan, ia pasti akan menjadi trending di media sosial. Ternyata netizen menggemari drama ini kerana ia lain dari yang lain. Ini kerana drama ini mempamerkan kisah kehidupan yang berlaku di dalam hidup orang Melayu, bukan sekadar kisah kahwin cerai, anak orang kaya suka perempuan miskin, pembantu rumah jadi kekasih atau bapak bos syarikat 350,000 pekerja. Senang cakap, drama ini memang dekat dengan hati para penontonnya dan banyak pengajaran yang boleh kita belajar.

utusan untuk adam

utusan untuk adam
utusan untuk adam
utusan untuk adam

Paling mengujakan, lakonan Puteri Aishah dan Sharifah Sakinah sebagai Liyana Lundang memang benar-benar menjadi. Kita akan terasa kagum dengan kecekalan Puteri Aishah menghadapi segala cabaran dan dugaan yang mendatang. Sementara itu kejahatan Liyana Lundang memang buat kita geram, rasa nak lempang dan insaf. Pelakon-pelakon lain pun tak kurang hebatnya tetapi nama Sharifah Sakinah dan Puteri Aishah confirm bertambah dikenali dan diingati selepas persembahan hebat mereka di dalam drama ini.

utusan untuk adam

Jadi hari ini, jangan tertinggal untuk menyaksikan episod akhir drama Utusan Cinta Buat Adam. Dengar cerita ada watak yang akan mati? Siapa? Sama-sama kita nantikan.

19 responses to Drama Utusan Cinta Buat Adam Kukuhkan Nama Puteri Aishah & Sharifah Sakinah

  1. anonymous says:

    citer bodo sebodo sakinah

  2. hh says:

    biasa je aku rasa x de lah gah mcm ko karang pasal cite ni BN oi..

  3. Anonymous says:

    Tak tengok sebab ada sakinah yg mengada2…

    Adira pun lahirkan anaknya belum setahun anak ke 2…

  4. Elliza Razak says:

    ELOKLAH DRAMA INI DAH HABIS

  5. Anonymous says:

    Looks boring. Tengok teaser pun not interesting. Sorry.

  6. Can i say my Opinion says:

    Hmmmm . Elok la tu dua ekor nie memang pernah ade kontroversi pakaian SEKSI dan SEKSA kan !!!!

    I’m so LUCKY not watching this drama :)

  7. AK2.O says:

    seminggu pertama akak layan drama ni coz ingat lain la dari drama yang dok ada…minggu kedua..dengan watak tok wan yang balik2 xsuka pilihan cucu lah…ada pilihan sendiri lah untuk cucu…akak terus tak tengok dah…boring laa drama camni…tak habis2 kisah cinta terhalang…Kalau sinetron indonesia..akak jaki betol…xhabis2 sakit GiNJAL…operation GiNJAL…tapi yang berbalut kepala…adoi laaaa….

  8. Anonymous says:

    Sakinah berlakun kalau org lain mungkin tengok juga
    Dgn aiman dulu pun tak tengok juga malas tengok perangai mengada2nya

  9. Rin says:

    Drama sendu dengan hero heroin yang sendu, membosankan

  10. Anonymous says:

    BRAVO TOK KETIGA TIGA MEREKA LAKUNAN MANTAP…..ITS NOT NICE TO KRITIK MEREKA LAU U ALL JADI PELAKON DON THINK U ALL BULE MEMBAWA WATAK SEDEMIKIAN,WELL DONE KAMAL,PUTERI AISHAH AND SAKINAH

  11. Tk says:

    Sakinah posing….. Wanita Desa Pingitan….. tepukkkkkk

  12. Mama says:

    Lakonan mantap daro syatifah sakinah.. Sokong menang anugerah.. Yg tak suka tu dengki..perangai dia kat luar dia punya pasal.. Yg penting bakat dia dan dia tak hipokrit.

  13. K says:

    Xde hero lain ke..blik2 kmal adli.pusing2 itu jgak hero mlya..boring sgt
    -kamal adli
    -kyle syafiq
    -aiman hakim
    -fikri ibrahim
    -fendy bakry

    Urghhh..bosan!!nver watch mlay movie ever

  14. Lavender says:

    Cite ni ok tapi geli selalu tgk part Adam dgn Aireen tu ayat2 melucah dgn pickup line. Smpi part nk main dekat rumah tokwan x bagi bunyi katil la.. pleaseee laa..

  15. MERCURIOUS says:

    AKU RASA BIASA JER…AK TGK CITER NI SBB AK RASA SI LIYANA LUNDANG TU MENGHIBURKAN HAHAHA..SEKARANG BILA DENGAR LAGU TOK TI KAT RADIO MESTI TERBAYANG LIYANA HAHA….& YG PALING PENTING ..HERO SEBENARNYA IALAH POKNI…. MOMENT TU JER LA YG PALING AKU RASA WOWWW..POKNI…HEBATT MU NI HAHAHAH

  16. luls says:

    cerita paling bangang pernah tengok. hahaha

  17. adam firdaus says:

    gandingan mantap yana lundang dgn tok wan..hahahha..habis porak peranda

  18. pok ni says:

    citer ni ada kelainan…bg yg layan la…sebab ada part hantu…seram jgk dowh

Tinggalkan Komen Anda Di Sini