February 28th, 2011

drama trilogi cinta

Siapa yang tak pernah tengok drama Trilogi Cinta sila angkat tangan sekarang? Kalau anda tak pernah tengok, maknanya anda terlepas satu drama yang hebat gila. Ini bukan propaganda tapi ini kenyataan. Drama yang diadaptasi daripada novel ini sememangnya superb. Lakonan Fauziah Gaus, Rosyam Noor dan Amyza Aznan memang mantap-mantap gila. Respek!!!

Abang Nara ada tanya-tanya jugak kat Facebook BeautifulNara tentang drama Trilogi Cinta ini. Dan ternyata ramai sungguh pembaca BeautifulNara yang layan drama ini. Bukan itu sahaja, kebanyakan yang tengok drama ini memang pernah baca novel hasil tulisan Sharifah Abu Salem. Bukan 1 novel, tapi 3 buah novel hasil tulisannya dijadikan drama Trilogi Cinta. Hebat kan?

Semalam pulak Abang Nara ada terima email daripada seorang pembaca BUKAN Melayu yang minta Abang Nara promotekan drama ini. Nampak tak betapa hebatnya drama ini sampai penonton bukan Melayu pun layan. Kalau korang belum tengok, drama Trilogi Cinta ini ditayangkan setiap Ahad, Isnin dan Selasa jam 10 malam. So jangan lupa tengok tau.

Apa pendapat anda yang layan drama ini? Best ke tak best?

 


Comments are closed.

Loading...