Drama Tentang Dhia Tamat Jua, Apa Pendapat Anda?

Hiburan

Drama Tentang Dhia Tamat Jua, Apa Pendapat Anda?

Abang Nara masih basah-basah sedikit di kelopak mata akibat baru selesai menonton Tentang Dhia. Agak mengecewakan dengan ending yang nampak seperti dibuat tergesa-gesa. Untuk makluman, Dhia mati akibat kanser serviks dan Zikir pula mati semasa memeluk Dhia di saat kematiannya akibat angin ahmar. Bagi Abang Nara ianya agak mengecewakan kerana tidak ada ditulis langsung mengenai nasib ibu Zikir, Rose dan yang lain.

tentang dhia

Advertisement

Namun ada pembaca-pembaca di Facebook BeautifulNara yang menyatakan kematian Dhia dan Zikir bermakna mereka berdua dapat hidup bahagia di alam lain. Mengenai nasib ibu Zikir, Melly dan yang lain-lain, ramai yang beranggapan pengarah drama Tentang Dhia mahukan kita berfikir sendiri nasib yang menimpa mereka.

Apakah pendapat anda? Adakah anda rasa penyudahan Tentang Dhia memuaskan hati anda? Atau anda mahukan penyudah yang lebih jitu? Kongsikan di ruangan komen.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

52 Comments

  1. wiwiwi

    January 20, 2012 at 11:45 am

    Hihihi..bagus ending tentang dhia nih..sebab tuh panjang betul komen..pecah perut baca satu satu…
    hm, tak semestinya yang jahat tuh kena balas atas dunia.
    Yang penting org baik mati pun senang.. lagi nak akhir zaman nih, lagi ramai org baik mati..sebab tuh dlm citer nih byk betul org baik mati…
    Pasal bomoh2 ni..tak heran sbb makin ramai org kurang agama di zaman ipad menari2 kat tangan ni..buat org sana sini dah jadi macam lumrah..
    Yang penting tentang dhia byk pengajaran yang realistik, bahawa hidup ini tempat ujian yang kadang2 menuntut kesabaran yang begitu di luar kemampuan. Syurga itu terlalu mahal, jangan menjualnya dengan harga yang murah :)

    • harry wan potter

      January 21, 2012 at 10:01 pm

      haha…sokong wiwiwi tu…..hehe

  2. ima1972

    January 17, 2012 at 3:32 pm

    Sepatutnya cerita ni perlu ditunjukkan tentang kebesaran Allah…apa yang terjadi apabila kita tergolong dalam kumpulan syaitan…balasan terhadap setiap manusia…Dhia di sihirkan pada peranakan dia, nape ustaz tu tak tolong ubatkan Dhia & kalau buat ending yg membahagiakan mesti lebih uumph…..terus jatuh cinta ngan abang zikir….hehe

  3. mamamia

    January 15, 2012 at 8:42 pm

    banyak pakai bomah!sampai nenek zikir pon pakai sekali!

  4. lavender

    January 15, 2012 at 12:31 pm

    apa pun cerita ni lebih best dari ombak rindu dan mesti d filemkan . kesudahan cerita ni biar berbaloi dgn harapan penonton. tak semestinya happy ending . tahniah….. daripada asyik tgk cerita hantu baik cerita cinta dan kehidupan. drama terbaik ….pelakon semua baik2 belaka. tahniah.

  5. pengarah sendiri

    January 14, 2012 at 3:14 am

    sepertimana yg kita tahu khurafat dan syirik bila kita main bomoh2 ni..jadi mak Zikir ni mati dlm azab ler nanti. Bila nenek zikir tahu perangai jahat dia.mak zikir derma semua harta dia pada badan kebajikan. Adik zikir itu pun jumpa jodoh, perangai mak mertua dia sebijik macam perangai Ku tu, lepas tu adik Zikir jadi gila.
    Hantu Raya tu pula serang Ku, dia jadikan Ku khadam dia, sebb apa? sbb itulh janji dia dgn syaitan laknatullah…

    Cinta ini hanya antara dhia dan zikir…citer nie smbung la..biar zikir dgn dhia tiba2 hidup..dan semua itu hanyalah mimpi ngeri Dhia sahaja..hu2

Loading...