Abang Nara masih basah-basah sedikit di kelopak mata akibat baru selesai menonton Tentang Dhia. Agak mengecewakan dengan ending yang nampak seperti dibuat tergesa-gesa. Untuk makluman, Dhia mati akibat kanser serviks dan Zikir pula mati semasa memeluk Dhia di saat kematiannya akibat angin ahmar. Bagi Abang Nara ianya agak mengecewakan kerana tidak ada ditulis langsung mengenai nasib ibu Zikir, Rose dan yang lain.
Namun ada pembaca-pembaca di Facebook BeautifulNara yang menyatakan kematian Dhia dan Zikir bermakna mereka berdua dapat hidup bahagia di alam lain. Mengenai nasib ibu Zikir, Melly dan yang lain-lain, ramai yang beranggapan pengarah drama Tentang Dhia mahukan kita berfikir sendiri nasib yang menimpa mereka.
Apakah pendapat anda? Adakah anda rasa penyudahan Tentang Dhia memuaskan hati anda? Atau anda mahukan penyudah yang lebih jitu? Kongsikan di ruangan komen.
jaja
February 10, 2012 at 11:38 am
hehehe..maybe dyeowang nak tunjukkan pembalasan ku salmi tue dalam “Tanah Kubur” nanti kot…hahahaa
Sheerafaizz
January 24, 2012 at 3:23 am
Ending x best….yg baik Sumer mati…yg jahat berleluasa….igt dpt tgk mak zikir Kena musibah..tp mati same ok gak..