Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Drama Tanah Kubur Dikritik Penonton, Apa Pendapat Anda?

Secara jujur Abang Nara jarang melayan drama Tanah Kubur. Namun daripada apa yang diberitahu oleh rakan-rakan dan ahli keluarga, drama ini penuh dengan keinsafan dan pengajaran. Membaca Mingguan Malaysia semalam, Abang Nara tertarik dengan tulisan seorang pembaca yang mengkritik drama ini.

tanah kubur

Advertisement

Kalau tak silap Abang Nara, ini adalah kritikan kedua yang dikeluarkan oleh Mingguan Malaysia ke atas drama ini. Abang Nara selitkan apa yang ditulis semalam untuk tatapan anda:-

Saya sebenarnya sangat bersetuju dengan komen Puan Jamilah dari Kuang Selangor yang mana daripada beberapa sudut memang cerita yang dipaparkan dalam Tanah Kubur agak berlebihan. Setiap minggu saya mengikuti siri ini tetapi lima minit bermula kita sudah dapat menjangkakan apa yang akan berlaku dan bagaimana ia digambarkan.

Yang peliknya tidak mungkin kesemua jenazah yang meninggal itu berwajah buruk dan berulat. Memang benar balasan Allah SWT itu adalah pasti tetapi Allah jua tida akan mengaibkan jenazah tersebut. Bertambah pelik apabila setiap kali jenazah tidak disempurnakan misalnya tidak dimasukkan ke liang lahad, tidak muat, jenazah terlalu berat dan ada ular, kesemuanya itu dapat diselesaikan dengan doa Tok Adi sahaja.

Memang Tok Adi itu digambarkan seorang yang warak tetapi janganlah watak tersebut dilihat terlebih pula. Kadang-kadang penyebab kematian pun macam tidak logik. Setiap episod akan berdepan dengan kematian sedangkan untuk memberi pengajaran tidak semestinya mati dengan keadaan yang digambarkan sangat teruk.

Menarik juga tulisan si pembaca ini. Abang Nara tak boleh nak komen sebab jarang menonton drama Tanah Kubur ini. Namun Abang Nara pasti ramai di antara pembaca BeautifulNara merupakan pengikut setia drama ini. Apa kata anda? Adakah ianya memang berlebihan dan tidak wajar? Sila sharekan pendapat anda di ruangan komen.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

18 Comments

  1. Hana

    November 15, 2012 at 10:43 pm

    Tanah kubur adalah satu drama yang Bertujuan until memberi keinsafan kepada semua umat Islam.Ianya Bertujuan until memberi kesedaran pada Kita manusia yang senantiasa leka mengejarkan dunia Dan Lupakan tanggungjawab kita untuk akhirat.mungkin Ianya kelihatan mengerikan tapi itulah yang menyedarkan Dan pelajaran untuk kita. Termia kasih

  2. saidin salahuddin

    September 22, 2012 at 1:05 am

    salam …
    Terpanggil saya untuk mencoretkan satu komen ..
    Pertama pihak production Tanah Kubur perlu lebih PEKA DAN BIJAK ..contoh
    apabila satu scene ‘jenazah’ berbau ..busuk ..semua orang muntah ..nak menggambarkan busuk ..walhal kita perlu jaga adab depan jenazah ..perlu tahan ..xperlulah muntah ‘wekk..’ kita perlu hormat jenazah

    Kedua ..selepas jenazah dimasukkan ..ada si penggali kubur seperti melangkah jenazah .Itu mungkin kurang ilmunya .
    sepekara lagi tanah tanah untuk kambus jenazah ..dilihat begitu kuat ketika dijatuhkan ke liang .walkal kita diajar jangan sampai jatuh batu kuat yakni pernuh dgn lemah lembut dan berhati hati ..

    DIHARAP pihak TANAH KUBUR BUKAN SEKADAR BUAT DRAMA sahaja tapi ambil iktibar bersama .sekian

  3. iela

    September 20, 2012 at 5:46 pm

    kadang2 pelik dgn rakyat malaysia nie.. cerita yang baik2 de je xkena, nk kritik… padahal niat pengarah untuk mengingatkan sesama manusia… klu cerita yang xsenonoh 2 xnk pulak kritik… da nama cerita Tanah Kubur… Mesti la mengenai kematian… Memberi pengajaran kepada kte smua supaya beringat… kalau ajal da tiba, nk beringat pn xberguna lagi…

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama