“Drama Tak Masuk Akal” – Didakwa Langgar Kontrak, TikToker ‘Beep Beep’ Kata Syarikat Pusing Cerita?

Trending

“Drama Tak Masuk Akal” – Didakwa Langgar Kontrak, TikToker ‘Beep Beep’ Kata Syarikat Pusing Cerita?

Setelah kecoh di platform media sosial berkenaan pihak syarikat mendakwa seorang TikToker wanita melanggar perjanjian kontrak mereka, Liana tidak mendiamkan diri dan tampil ke hadapan dengan membuat IG Story.

Melalui hantaran yang dibuat, Liana meminta agar pihak tertentu tidak memutar belitkan cerita sebenar dan jujur dalam memberi kenyataan agar tidak berlakunya salah faham.

Advertisement

Malah, dia turut enggan melayan sebarang kenyataan berhubung dengan isu yang berlaku dan memilih untuk menjelaskan segalanya pada minggu hadapan.

Liana Beep Beep Ig Story

Tambahan TikToker itu lagi, dia memilih untuk membuka mulut pada minggu hadapan kerana tidak mahu menganggu masanya bersama keluarga sewaktu hujung minggu.

Sebelum ini, Liana ada membuat live di TikTok memberitahu akaun pertamanya disekat, disebabkan itu perlu membuat akaun kedua. Namun, tampil pula dua orang jejaka mengatakan akaun pertama itu dijaga oleh pihak syarikat dan oleh kerana itu, influencer terbabit teruk dikecam netizen serta dilabel ‘lupa daratan’.

Liana Beep Beep
2 years ago

"Terpaling Kena Hack, Penipu!" - Dakwa Akaun Disekat, Rupanya 'TikToker' Langgar Kontrak Syarikat

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...