Written by Bella | December 6th, 2017

Drama Dendam Aurora menerusi Slot Tiara di Astro Prima sudah hampir tiba ke penghujungnya dan tidak lama sahaja lagi drama Syurga Yang Kedua gandingan mantap Fasha Sandha,  Zarul Husin serta Siti Elizad sebagai pelakon utama bakal ditayangkan.

Untuk pengetahuan semua, drama yang dinantikan ramai ini adalah adaptasi daripada sinetron popular Indonesia dan ia berkisarkan kisah hidup berpoligami dan memaparkan kisah konflik kesetiaan, pengorbanan, persahabatan, perkahwinan serta pengkhianatan demi mencapai kebahagiaan terindah.

Drama 70 episod arahan Zamri Zakaria dan Bahri Umar ini turut membariskan pelakon lain seperti, Datuk Jalaluddin Hassan, Sherry Ibrahim, Azizah Mahzan, Beego, Dynas Mokhtar, Afifah Nasir dan ramai lagi.

Ia bakal menemui penonton bermula 12 Disember ini setiap Isnin hingga Jumaat jam 6 petang di Astro Prima dan Maya HD.

SINOPSIS SYURGA YANG KEDUA

Konflik antara anak menantu dan ibu mertua. Daniel dan Sabrina sudah lama berkahwin namun masih belum dikurniakan cahaya mata. Suatu hari ibu Daniel menyuruh Daniel berpoligami dan berkahwin dengan Doktor yang merawat ibunya iaitu Vivy.

Jom kita lihat foto- foto sewaktu majlis pelancaran drama Syurga Yang Kedua dengan membaca entri ini sepenuhnya.

40 responses to Drama Syurga Yang Kedua Dibintangi Fasha Sandha Dan Zarul Husin Bakal Ditayangkan

  1. Anonymous says:

    bestnye..

    0

    7
  2. me says:

    bestnye..

    1

    4
  3. Bob Barli says:

    aku tertanya2, kalo zarul tu dah kawen, sape wife dia?

    4

    0
    • Anonymous says:

      Kahwin dah kan? Anak pun dah besar remaja.

      0

      0
      • Miss Unibes says:

        Dalam lakonan ni ke realiti? Realiti isteri dia pramugari Air Asia kalau tak silap. Yg dulu cerai masa dia terpaksa jual apam balik. Anak dah besar ikut muka Zarul. Dgn isteri sekarang belum ada anak kot. Tapi kalau kau tanya isteri dia dalam lakonan ni confirmlah Fasha atau Elizad. Tak tau siapa isteri pertama & kedua. Takkan lah Azizah Mahzan. Azizah mungkin confirm jadi mak jahat. Afifah jadi pembantu rumah Zarul kot. Eh tahpape lah.

        10

        0
        • Anonymous says:

          Haha sadis pipah jd maid je. Dlm drama elizad bini first tp xde anak. then mak zarul suh kawin dgn fasha aka dr vivy.

          1

          0
    • Miss Unibes says:

      Dalam lakonan ni ke realiti? Realiti isteri dia pramugari Air Asia kalau tak silap. Yg dulu cerai masa dia terpaksa jual apam balik. Anak dah besar ikut muka Zarul. Dgn isteri sekarang belum ada anak kot. Tapi kalau kau tanya isteri dia dalam lakonan ni confirmlah Fasha atau Elizad. Tak tau siapa isteri pertama & kedua. Takkan lah Azizah Mahzan. Azizah mungkin confirm jadi mak jahat. Afifah jadi pembantu rumah Zarul kot. Eh tahpape lah.

      1

      0
  4. Anonymous says:

    X nak tengok ada Fasha

    11

    2
  5. Anonymous says:

    X akan tengok ada pipah dan pasha

    14

    0
  6. Jiwa Terbang says:

    Azizah mahzan… lama dia tak muncul dlm drama.
    Dia ni best berlakon. Semua watak dia boleh bawak dgn baik.
    Dia menyepi pun semasa gosip2 panas dia suatu masa dulu.
    Harapnya skrg ni dia dah berubah kelaku yg lebih baik…

    11

    0
  7. anonymous says:

    zarul tak tau berlakun control macho saja

    3

    1
  8. Anonymous says:

    Drama kisah kemaruk celah kangkang ke?

    6

    0
  9. Anonymous says:

    ade afifah tu bosan la

    5

    0
  10. Anonymous says:

    pasha x abis watak yg sama bosan la
    x mau tgk sb ada pipah & pasah

    8

    0
  11. Ugly Nara says:

    Nak boikot drama cos ada penyondol taman si pipah pepet.

    5

    0
  12. ciK piNgu says:

    byk gmbr pasah je.. gmbr elizad sekeping dua jah.

    sape yg hadap lg ambik pipah berlakon ni????

    4

    0
  13. Anonymous says:

    ade fasha x mau tgk lah… sume drama dia mesti air muka sama… watak sama.. bosan

    5

    2
  14. melati says:

    Ok lah Fasha , berlakon lah demi sesuap nasi untuk anak ko..!!! Tetapi yg saya Keliru Izreen Azminda dia ckp dia nk Extend Masjid bukan meroboh kan masjid..” Izreen Azminda kalau awak baca ni saya nk Pesan ” Lain kali nk Extend Masjid , cari lah Masjid Putrajaya ker , Masjid Negara ker.. ni ko extend “Surau ” camner nk tampung jemaah yg akan dtg nanti…hmmmmmmmm

    33

    0
  15. Cik Kim says:

    Cheap story. Cerita basi.
    Makcik bawang suka bab2 ni

    2

    1
  16. sakit mata says:

    Hmmm..typical citer melayu..bosannya..tak ke mana drama/citer melayu ni kalau tak de datuk, tan sri..hmmm…

    4

    1
  17. Haru says:

    Ayoooooo pipah bawang …yukkkkk..pompuan kemaruk

    3

    0
  18. johnny bravo says:

    Bila tengok barisan pelakun2 tu, tak rase nak tengok. Zarul tu muka tak hensem, FS pulak dah banyak drama yg ade dia kat dalam, dah muak jgklah tengok muka dia, dah lah suara tu mcm terkepit, sepatutnya dia bersara je. Nak tanggung anak2, ayah budak2 tu kaya & FS pun ade bisnes sendiri. Cukop2lah..

    5

    1
  19. Anonymous says:

    Dendam arora pun x tengok sebab ada Anzalna Meroyan … dan Nabila ini kan lagi ada pipah karoke dan fasha best woman win

    2

    0
  20. Anonymous says:

    Tak nak tengok lantak lah. Astro tetap korang bayar!! Hihiks

    4

    0
  21. Anonymous says:

    Aku nak tengok. Yg ckp tak nak tengok tu karot. Padahal Sinetron pun layan..puihhh?

    0

    1
  22. Anonymous says:

    Tajuk x payah nk surga yg kedua sgt lah. Direct kn senang org faham “Bini Yang Ke Dua” setel.

    5

    0
  23. Anonymous says:

    Tajuk drama nie sebenarnya marilah adik2 makcik kita kemaruk celah kangkang,Kisah jerit2,makan,minum,lagu.

    0

    0

Leave a Comment

Optional