Written by Bella | July 8th, 2019

Tidak dinafikan drama Silang yang menceritakan kisah seorang pemuda disleksia lakonan Nazim Othman dan Emma Maembong mendapat pujian netizen. Agak jarang drama tempatan ingin mengetengkan isu seperti ini dan memaparkan realiti kehidupan mereka yang mempunyai penyakit tersebut.

Bagaimanapun, ada juga yang mengkritik drama tersebut kerana terdapat beberapa fakta tentang penghidap disleksia yang ditonjolkan tidak benar.

Bukan sahaja kekurangan fakta yang heboh diperkatakan, tetapi penonton turut perasan gambar perkahwinan Amir dan Dura sebenarnya hanya suntingan daripada foto perkahwinan Nazim dan Bella Dally.

Memang jimat bajet sungguh apabila mereka hanya ‘crop’ muka Bella dan digantikan dengan Emma. Nampak agak pelik pula sehingga menjadi bahan lawak netizen di media sosial.

Tidak mustahil ia mungkin sahaja  strategi ataupun gimik untuk orang ramai terus memperkatakan tentang drama tersebut. Tapi, kalau nak edit pun biarlah nampak cun. Heh.

Sumber Berita : Twitter

11 responses to Drama Silang Kantoi ‘Crop’ Gambar Bella Dally Tukar Dengan Emma Maembong

  1. nyi blorong says:

    ape lagi NETIZEN… jalan kewajipan anda sebagai Penghukum dosa manusia.. seperti yang telah di fardhukan keatas embah n paman kamu yang terdahulu,…!!

  2. kakikucinghitam says:

    seriously bangang sampai level tu drama melayu ni

  3. Rin says:

    Cer…tanye sheila rusly, penerbit nye

  4. brell says:

    haish netizen ni… tu pun nk jadi hal…

  5. Anonymous says:

    wakakakaa camni pun warga twitter nak meroyan…. relax laaa produser nak up nama bella daly & laki terkini kot…. suami terbaru bella tu dah bayar ker hutaang2 kt kekwn lama alaaaa jaman cucah dolu2… kalo tau laaa laki bella tu bukan asal org kaya kan tiba2 byk duit jd businessman.. org kaya jer berhutang dgn parents kira zero zero halal xyah bayar tau…