Demam Zul Ariffin dan Ayda Jebat nampaknya masih belum kebah lagi. Setelah sekian lama menanti, akhirnya rating untuk drama Rindu Awak 200% telah pun dikeluarkan. Drama ini telah berjaya mencecah 4.4 juta penonton di kaca televisyen dan lebih 3.2 juta di portal Tonton. Satu angka yang amat memberangsangkan. Tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan drama ini.
Walaupun tidak dapat menandingi kehebatan rating drama Kerana Terpaksa Aku Relakan dan Love You Mr. Arrogant, drama ini ternyata mempunyai pengikutnya yang tersendiri. Agak mengecewakan apabila drama yang mengantikan Rindu Awak 200% iaitu Maaf Jika Aku Tidak Sempurna lakonan Fahrin Ahmad dan Sara Ali kurang mendapat sambutan. Hmmmm. Mungkin semua orang nak Zul Ariffin je kot?
Tak sabar rasanya mahu melihat Zul Ariffin tampil dengan buah tangan terbaru. Tak salah untuk Abang Nara katakan yang Zul adalah ‘lelaki pujaan’ wanita-wanita di Malaysia sekarang ini. Semoga momentum Zul dan Ayda akan berterusan dengan drama seterusnya,