Drama terbaru arahan Erma Fatima, bertajuk ‘Pondan Itu’, kini menjadi perbualan hangat di kalangan netizen selepas menampilkan kisah transgender dan percintaan sebagai tema utama.
Bagaimanapun, rata-rata netizen melahirkan kecaman terhadap pengarah dan drama tersebut, menyifatkannya sebagai tidak sesuai dengan nilai budaya dan norma masyarakat tempatan.
View this post on Instagram
Ada yang menyatakan bahawa penerbitan drama sebegini seperti cuba menormalisasikan sesuatu yang salah, sekali gus menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan penonton tradisional.
Erma Fatima sebelum ini pernah menjelaskan bahawa niatnya adalah mengangkat kisah golongan transgender secara realistik, namun kritikan tetap tidak dapat dielakkan, terutama apabila beberapa klip teaser drama itu tular di media sosial.
Walaupun mendapat kecaman, ada juga segelintir penonton yang memberi sokongan, menyifatkan drama ini sebagai satu usaha untuk memperlihatkan realiti kehidupan golongan minoriti dalam masyarakat.