June 29th, 2015

Drama Pesan Dari Tuhan karya Erma Fatima sepatutnya ditayangkan semalam menerusi slot Cerekarama di TV3. Sayangnya pada saat-saat akhir, pihak terbabit telah membatalkan tayangan drama tersebut atas nama etika penyiaran. Akibatnya, mula timbul desas-desus punca sebenar pembatalan tayangan drama Pesan Dari Tuhan ini. Ada yang membuat tanggapan drama ini terlalu pedas sindirannya untuk ahli politik sehingga wujud campur tangan pihak-pihak tertentu.

erma fatima

Susulan pembatalan ini, Erma Fatima telah meluahkan rasa kecewanya menerusi akaun Instagram miliknya.

erma fatima

erma fatima

Namun disebabkan spekulasi yang semakin bertebaran akibat pembatalan drama Pesan Dari Tuhan ini, Erma Fatima telah tampil membuat penjelasan panjang lebar. Menurut Erma, pembatalan ini dilakukan bukan kerana isu politik. Malah Erma sendiri melahirkan rasa redhanya atas nasib yang menerima drama ini. Tulis Erma:-

Saya hanya seorang pengkarya kecil yg cuba utk mengingat-ingatkan bangsa sy yg semakin berpecah belah melalui karya kecil ini. Saya bukan berbicara POLITIK kerana sy bkn ahli politik dan tak berminat utk berpolitik.

Saya hanya bercerita tentang kebenaran yg sy lihat dgn mata dan dengar dgn telinga. Luahan emosi kekecewaan sy di ig ini kerana drama ini tdk dpt d tayangkan telah mengundang spekulasi demi spekulasi. Saya mohon semua sahabat-sahabat disini untuk kita menghentikan saja penyebaran dan persepsi yg boleh mengundang kpd fitnah d bulan Ramadhan yg mulia ini.

Saya dgn redha hati menerima nasib drama ini. Sy menghormati permintaan stesen untuk pemotongan-pemotongan tersebut atas nama etika penyiaran dan saya mengambil keputusan untuk tidak menyiarkannya di stesen tersebut kerana saya tidak mampu untuk memotong matlamat karya ini saya terbitkan.

Maka saya harap penjelasan ini dapat bersama-sama kita fahami. Insyaallah. Kalau d izinkan Allah pasti akan ada waktunya karya kecil ini dpt d pranontonkan bersama. PESAN DARI TUHAN berbaik-baik sangkalah kita pada takdirNYA kerana dia lebih mengetahui segalanya

erma fatima

Bukan senang untuk menonton drama yang lari daripada klise drama cinta/kahwin paksa/isteri kurang ajar sejak kebelakangan ini. Sedih juga apabila drama yang mempunyai mesej mendalam sebegini terpaksa dibatalkan tayangannya. Inilah dugaan dan cabaran seorang penerbit/pengarah drama seperti Erma Fatima. Bila nak buat drama yang bermakna sikit, macam-macam halangan yang mendatang. Mungkin sebab itu kebanyakan penerbit lebih rela buat drama dengan tema yang sama dan berulang. Cuma tukar pelakon sahaja. Apa pendapat anda?

P.S: Honda CR-V baru dengan 7 tempat duduk


Comments are closed.

Loading...