(ULASAN)Drama Nur Kasih Yang Mantap!!!

Hiburan

(ULASAN)Drama Nur Kasih Yang Mantap!!!

drama nurkasih nur kasih

Setiap minggu Jumaat malam jam 9.00 malam , mak kami compem akan pegang remote Astro (taknak bagi anak-anak dia alih channel TV) dan melekat layan drama TV3 Nur Kasih. Mula-mula heran jugak kami dibuatnya, maklumlah mak kami nie jenis tak layan TV sangat. Kalau ada drama yang dilayannya confirm cerita tue best sangat-sangat la tue.

Advertisement

Kononnya nak menjadi anak yang baik kami pun temankan mak menonton drama Nurkasih nie. Akibatnya sekarang setiap hari Jumaat kami pun dah penunggu setia kat depan TV. Memang mantap semantap-mantapnya jalan cerita Nur Kasih nie. Tambah-tambah lagi pengarah dia tak lain tak bukan si Khabir Batia. Ala, dialah yang mengarah filem Cinta, Sepi dan yang terbaru Setem. Memang kami cukup kagum dengan teknik kamera si Khabir Batia nie.

Bagi kami apa yang membestkan cerita ini ialah jalan cerita dia logik. Bukan macam drama-drama Melayu yang lain. Sikit-sikit cerita cinta korporat. Anak orang kaya jatuh cinta dengan anak orang kaya nie lah. Tambah best bila drama Nur Kasih nie banyak menyelitkan unsur-unsur agama. Setakat nie rasanya dah masuk episod ke 8 cerita Nur Kasih nie, makin mengelirukan jalan cerita dia. Buat saspen jer nak tunggu setiap Jumaat.

Apa pendapat anda tentang drama Nur Kasih? Ada komen? Ada nak bincang? Ada nak bagi pendapat tentang episod seterusnya. Oh ye kalau anda masih belum sempat layan Nurkasih nie, silalah ke laman web Nur Kasih di TV3 untuk lihat siaran ulangan. Diorang ada bagi streaming video Nur Kasih kat situ.

Oh ya lupa nak bagitau antara pelakon-pelakon drama Nur Kasih ini ialah Fizz Fairuz, Remy Ishak dan Tiz Zakiah. Mungkinkah sebenarnya drama Nur Kasih ini lagi hebat dari drama-drama Indonesia dan Korea? Anda tentukan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...