May 25th, 2018

Drama Nur yang mula ditayangkan sejak permulaan Ramadhan lalu mendapat sambutan yang sangat baik. Bukan sahaja mempunyai barisan pelakon yang mantap, jalan cerita tentang seorang ustaz yang bertemu dan secara tidak sengaja jatuh hati kepada seorang pelacur dalam usahanya untuk membimbing pelacur tersebut memang sangat menarik dan mencuri perhatian penonton.

Walaubagaimanapun, ada sesetengah pihak menganggap penulis skrip sengaja ingin menjatuhkan maruah seorang ustaz apabila mewujudukan watak Ustaz Hamadi lakonan Azhan Rani seorang yang munafik dan berlindung disebalik kebaikan sedangkan dirinya turut melanggan pelacur demi memuaskan nafsu serakahnya.

Tidak mudah melatah dengan kritikan yang diterima, Sharulezad Mohameddin selaku pengarah dan penulis skrip drama tersebut menjelaskan beliau sebenarnya sudah membuat kajian mengenai watak Ustaz Hamadi yang sememangnya wujud dikalangan masyarakat.

Kejahatan orang seperti Ustaz Hamadi ini memang ada,¬† depan sahaja nampak baik tetapi dalaman mereka sangat “busuk” diluar jangkaan kita. Sekurang-kurangnya drama Nur memberikan kita mesej dan pengajaran yang baik dan tidaklah hanya menyajikan jalan cerita cinta clich√©. Apa-apa pun, tahniah kepada Azhan Rani kerana lakonan beliau yang sangat baik dan berjaya membuatkan ramai penonton geram dengan wataknya itu.


51 responses to “Drama Nur Dikritik Jatuhkan Maruah Ustaz Kerana Watak Ahli Ulama Langgan Pelacur?”

  1. Anonymous says:

    Termasuklah teraju utama yg kaki lanchap

  2. Anonymous says:

    Aku suke cerita Nur ni… ade mesej walaupun jejaskan imej ustaz tp sape yg makan cili terasa lah pedas nyer kan….

    ini kisah benar yer.. realiti… ustaz ni bercinta dgn awek ni kebetulan dlm kejiranan mak aku… hantar gmbr anu2 berbulu kt awek tu… budak pompuan ni pun tak reti simpan rahsia dia sebar kt org gmbr ustaz tu… dating sume nk free minta awek bayar… aritu dgr awek dia shopping call berpuluh kali minta belanja baju sepasang.. kebetulan pulak shopping dgn geng jiran mak aku makcik bawang… haa kantoi laaa
    jgn ingat asal ustaz jer sume paling mulia…. kenal dulu baru ckp tak sume perangai hodoh tp memang ade…

    • SabarTabah says:

      Salam…
      Btol tu.. Semua ustaz tak semuanya baik.. Org yg paling dekat dlm hidup aku pn ustaz.. Tapi….. Ntah la nak ckp… Beliau sndiri pn sbnrnya xsuka org panggil beliau ustaz.. Org yg kenal beliau sbnrnya xkenal cmana aku kenal beliau.. Pangai beliau dgn org lain xsama bila beliau bsama aku.. Aku tahu sifat, sikap beliau luar dan dlm… Allahuakbar.. Aku pn xtahu kenapa Allah temukan aku dgn beliau… Hampir 10 thn hidup bsama… 4 thn bgelumang dosa… ??Allahuakbar…. Nauzubillah… Di mata org, beliau semulia manusia… Tp sebenarnya….. Spy dlm bln yg mulia ini, Allah kurniakan hidayah kpd beliau, kpd kami, kpd kita semua.. Ampunkan kami ya Allah…??

  3. Abc123 says:

    I think our industry needs more drama/film like Nur. Storyline best, cerita tak cliche, banyak konflik every episodes and sarat dgn pengajaran. Mana yg positive kita amik, mana yg negative kita tinggalkan. Pemilihan pelakon yg baik, cinematography cantik. Congrats to the whole team !

    Kita ni asyik disajikan dgn cerita cintan cintun, boring. Otak tak pun tak berkembang. Sebab tu ada yg kecam.

  4. Anonymous says:

    Zaman ni zaman topeng.

Loading...