Drama Nur yang mula ditayangkan sejak permulaan Ramadhan lalu mendapat sambutan yang sangat baik. Bukan sahaja mempunyai barisan pelakon yang mantap, jalan cerita tentang seorang ustaz yang bertemu dan secara tidak sengaja jatuh hati kepada seorang pelacur dalam usahanya untuk membimbing pelacur tersebut memang sangat menarik dan mencuri perhatian penonton.
Walaubagaimanapun, ada sesetengah pihak menganggap penulis skrip sengaja ingin menjatuhkan maruah seorang ustaz apabila mewujudukan watak Ustaz Hamadi lakonan Azhan Rani seorang yang munafik dan berlindung disebalik kebaikan sedangkan dirinya turut melanggan pelacur demi memuaskan nafsu serakahnya.
Tidak mudah melatah dengan kritikan yang diterima, Sharulezad Mohameddin selaku pengarah dan penulis skrip drama tersebut menjelaskan beliau sebenarnya sudah membuat kajian mengenai watak Ustaz Hamadi yang sememangnya wujud dikalangan masyarakat.
Kejahatan orang seperti Ustaz Hamadi ini memang ada, depan sahaja nampak baik tetapi dalaman mereka sangat “busuk” diluar jangkaan kita. Sekurang-kurangnya drama Nur memberikan kita mesej dan pengajaran yang baik dan tidaklah hanya menyajikan jalan cerita cinta cliché. Apa-apa pun, tahniah kepada Azhan Rani kerana lakonan beliau yang sangat baik dan berjaya membuatkan ramai penonton geram dengan wataknya itu.