Drama Memberku Hawa Memang Menarik!!!

Hiburan

Drama Memberku Hawa Memang Menarik!!!

Dilahirkan sebagai seorang lelaki, Abang Nara memahami betapa susahnya menjadi seorang wanita. Terutama apabila wanita tersebut bekerja di dalam bidang yang dikuasai oleh lelaki. Abang Nara memang sangat respek dengan wanita-wanita yang berjaya di dalam bidang yang dominannya adalah lelaki. Sesungguhnya itu menunjukkan bahawa keyakinan diri mereka sangat tinggi. Contoh terbaik sudah tentu Dato’ Maznah Hamid yang lebih dikenali sebagai wanita besi.

memberku hawa

Advertisement

Kalau dalam drama-drama Melayu yang ditayangkan di tv pun kita jarang nampak cerita-cerita yang mengisahkan perjuangan seorang wanita bekerjaya. Asyik-asyik cerita cinta di galangan anak-anak korporat. Tak menarik langsung. Namun drama Memberku Hawa yang sedang ditayangkan sekarang di TV3 membuatkan Abang Nara sedikit teruja.

memberku hawa

Abang Nara pasti ramai yang tengok drama ini tapi Abang Nara nak bagitau jugak jalan ceritanya. Drama Memberku Hawa mengisahkan bagaimana 2 orang wanita bernama Hawa (Faezah Elai) berlakon sebagai seorang Network Engineer dan Kay (Nad Zainal) berlakon sebagai seorang model manager membina keyakinan diri dan menyahut cabaran di dalam kerjaya yang dikuasai oleh lelaki. Yang menariknya blogger popular iaitu Hanis Zalikha turut sama berlakon di dalam drama Memberku Hawa ini.

memberku hawa

Advertisement

Abang Nara dah tengok drama Memberku Hawa dan Abang Nara terkagum sebentar dengan kisah di episod 3 . Di dalam episod ini, Hawa dipandang rendah oleh Dato’ Fakhrul yang tidak percaya keupayaan seorang wanita untuk bekerja sebagai Network Engineer sementara Kay pula berjaya mengawal salah seorang model yang bermasalah. Namun Hawa tidak mengaku kalah untuk mendapat kepercayaan Dato’ Fakhrul manakala Kay pula menunjukkan yang dia merupakan seorang yang tegas dan tidak mudah mengalah. Paling penting, Hawa dan Kay berani mengeluarkan pendapat masing-masing walaupun berhadapan dengan lelaki-lelaki yang kurang mempercayai keupayaan mereka.

memberku hawa

Memang bukan senang untuk seorang wanita melahirkan pendapat, menegaskan pendirian dan tak dikuasai secara sesuka hati oleh kaum lelaki. Wanita selalunya dikaitkan dengan lemah lembut, takut meluahkan pendapat dan mudah dikawal. Namun dalam drama Memberku Hawa ini menunjukkan yang wanita sebenarnya juga perlu fight for their right dengan penuh keyakinan. Sebab itulah drama ini ditaja oleh Kotex, yang digunakan untuk memastikan wanita sentiasa penuh keyakinan walaupun semasa that time of the month.

memberku hawa

Tahukah anda yang 7 daripada 10 wanita merasakan Kotex adalah lebih selesa untuk mereka? Dan paling penting, daripada 3 wanita, 2 mendapati yang Kotex menyediakan back leakage protection yang lebih bagus berbanding produk lain. Ini semua adalah kerana Pro Active Technology yang ada di dalam Kotex. Ianya akan memberikan perlindungan yang terunggul kepada wanita sekaligus memastikan keselesaan walaupun kerjaya anda memerlukan anda bergerak aktif. Abang Nara dah pun suggest kepada wife yang tersayang untuk mencuba Kotex ini supaya dia tak perlu risau tentang kebocoran yang boleh berlaku dengan jenama lain.

memberku hawa

Dan bersempena dengan tayangan drama Memberku Hawa yang ditaja oleh Kotex ini, ada photo contest End Your Compromises yang menawarkan hadiah makeover bernilai USD1000 sedang dijalankan di Facebook Kotex.  Selain itu kalau anda terasa dah jatuh cinta dengan drama Memberku Hawa, boleh download wallpaper, ushar gambar behind the scenes dan dapatkan sample percuma Kotex di www.kotex.com.my.  Macam-macam lah boleh dibuat di Facebook (www.facebook.com/iknowmovement) dan laman web Kotex (www.kotex.com.my) ini.

memberku hawa

Apa pun jangan lupa untuk saksikan drama Memberku Hawa yang dibawakan oleh Kotex ini pada setiap hari Ahad jam 10.30 malam di TV3. Wife Abang Nara memang suka tengok drama nie sebab katanya dia rasa bangga apabila melihat Hawa dan Kay begitu tegas, tenang dan penuh dengan keyakinan dalam menangani isu di tempat kerja.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

57 Comments

  1. ko

    May 1, 2012 at 9:49 pm

    Wah! Tak sangka rupanya ramai jugak yg perasan minah hanis zalikha ni senarnya muka dia biasa biasa jer.Ingatkan cantik sgt mcm dlm blog. Dan aku jugak setuju ngan comment jenab tonggek. Mak hanis tu dia memang poyo konon anak dara dia paling CUN! Baru baru ni ada org comment kat blog post dia pasal gerimis megundang org tu kata alah kak nnai mcm nak tunjuk anak dia jer cantik sgt. pastu di reply kononnya sbg sorang mak di mestilah puji anak dan blabalalala tapi pada aku kalau puji lelebih pon org meluat gak dan jgn ingat anak ko lawa sgt takat rambut karat muka cam whore takyah la nani oiii patutnya kau malu sbb ank berpakain cam haper!

    • keliru

      May 1, 2012 at 10:28 pm

      ya btl. aku pun terbaca blog mak hanis. aku rasa kalau mak dia nak puji2 anak2 dia sampai ke langit pun org tak heran. tp kalau sampai tahap mengumpat anak org lain tu kan dah melampau. kat blog pula tu, satu dunia boleh baca. siap upload gambar budak yg diumpat tu ke dlm blog. walaupun cerita pasal budak tu mungkin betul (kalau sebarkan cerita tak betul tu namanya fitnah makcik), tak payah la nak hebahkan cerita tu dlm blog. siap backup diri konon perasaan ibu kpd anak2. habis bagaimana dgn perasaan ibu kpd anak yg emak hanis umpat tu??? tak ke terguris? kamu sebagai ibu patut lebih tahu wahai emak hanis.

  2. momoko

    May 1, 2012 at 4:36 pm

    lallalallalalalaala

  3. duitduit

    May 1, 2012 at 2:06 am

    boikot tv3 konon korang ni,

    alih alih sukan tukar jugak channel tv3,

    abpbh dgn ajl pun korang layan jugak, takpayah nak boikot sgt la.

    btw, malaysian, keep it up. boleh hasilkan lagi drama yg lebih menarik. chaw

    • pizza

      May 2, 2012 at 1:54 pm

      xlayan semer tuh kat tv3, tau dari blog jer

  4. nyah bus stop

    May 1, 2012 at 1:43 am

    memang menarik tapi feazah elai dgn sharnaz merosakkan citer ni..diorang ni tak menjiwai watak..syok sendiri je..

    yg best watak hanis je..walaupon gedik..watak nad kira ok la..nad ni mcm tiz zaqyah je..pas ni harap2 hanis dapat bwk watak yg lebih mencabar..

    • Anonymous

      May 2, 2012 at 9:54 am

      nyah kau ni buta jiwa raga tau tak? hanis berlakon cam kayu lah wei! ke kau salah eja ni??

  5. ayampercik

    April 30, 2012 at 8:41 pm

    kai kotex gatal lew. tak sukeww ite. hik

Loading...