Drama Memberku Hawa Memang Menarik!!!

Hiburan

Drama Memberku Hawa Memang Menarik!!!

Dilahirkan sebagai seorang lelaki, Abang Nara memahami betapa susahnya menjadi seorang wanita. Terutama apabila wanita tersebut bekerja di dalam bidang yang dikuasai oleh lelaki. Abang Nara memang sangat respek dengan wanita-wanita yang berjaya di dalam bidang yang dominannya adalah lelaki. Sesungguhnya itu menunjukkan bahawa keyakinan diri mereka sangat tinggi. Contoh terbaik sudah tentu Dato’ Maznah Hamid yang lebih dikenali sebagai wanita besi.

memberku hawa

Advertisement

Kalau dalam drama-drama Melayu yang ditayangkan di tv pun kita jarang nampak cerita-cerita yang mengisahkan perjuangan seorang wanita bekerjaya. Asyik-asyik cerita cinta di galangan anak-anak korporat. Tak menarik langsung. Namun drama Memberku Hawa yang sedang ditayangkan sekarang di TV3 membuatkan Abang Nara sedikit teruja.

memberku hawa

Abang Nara pasti ramai yang tengok drama ini tapi Abang Nara nak bagitau jugak jalan ceritanya. Drama Memberku Hawa mengisahkan bagaimana 2 orang wanita bernama Hawa (Faezah Elai) berlakon sebagai seorang Network Engineer dan Kay (Nad Zainal) berlakon sebagai seorang model manager membina keyakinan diri dan menyahut cabaran di dalam kerjaya yang dikuasai oleh lelaki. Yang menariknya blogger popular iaitu Hanis Zalikha turut sama berlakon di dalam drama Memberku Hawa ini.

memberku hawa

Abang Nara dah tengok drama Memberku Hawa dan Abang Nara terkagum sebentar dengan kisah di episod 3 . Di dalam episod ini, Hawa dipandang rendah oleh Dato’ Fakhrul yang tidak percaya keupayaan seorang wanita untuk bekerja sebagai Network Engineer sementara Kay pula berjaya mengawal salah seorang model yang bermasalah. Namun Hawa tidak mengaku kalah untuk mendapat kepercayaan Dato’ Fakhrul manakala Kay pula menunjukkan yang dia merupakan seorang yang tegas dan tidak mudah mengalah. Paling penting, Hawa dan Kay berani mengeluarkan pendapat masing-masing walaupun berhadapan dengan lelaki-lelaki yang kurang mempercayai keupayaan mereka.

memberku hawa

Memang bukan senang untuk seorang wanita melahirkan pendapat, menegaskan pendirian dan tak dikuasai secara sesuka hati oleh kaum lelaki. Wanita selalunya dikaitkan dengan lemah lembut, takut meluahkan pendapat dan mudah dikawal. Namun dalam drama Memberku Hawa ini menunjukkan yang wanita sebenarnya juga perlu fight for their right dengan penuh keyakinan. Sebab itulah drama ini ditaja oleh Kotex, yang digunakan untuk memastikan wanita sentiasa penuh keyakinan walaupun semasa that time of the month.

memberku hawa

Tahukah anda yang 7 daripada 10 wanita merasakan Kotex adalah lebih selesa untuk mereka? Dan paling penting, daripada 3 wanita, 2 mendapati yang Kotex menyediakan back leakage protection yang lebih bagus berbanding produk lain. Ini semua adalah kerana Pro Active Technology yang ada di dalam Kotex. Ianya akan memberikan perlindungan yang terunggul kepada wanita sekaligus memastikan keselesaan walaupun kerjaya anda memerlukan anda bergerak aktif. Abang Nara dah pun suggest kepada wife yang tersayang untuk mencuba Kotex ini supaya dia tak perlu risau tentang kebocoran yang boleh berlaku dengan jenama lain.

memberku hawa

Dan bersempena dengan tayangan drama Memberku Hawa yang ditaja oleh Kotex ini, ada photo contest End Your Compromises yang menawarkan hadiah makeover bernilai USD1000 sedang dijalankan di Facebook Kotex.  Selain itu kalau anda terasa dah jatuh cinta dengan drama Memberku Hawa, boleh download wallpaper, ushar gambar behind the scenes dan dapatkan sample percuma Kotex di www.kotex.com.my.  Macam-macam lah boleh dibuat di Facebook (www.facebook.com/iknowmovement) dan laman web Kotex (www.kotex.com.my) ini.

memberku hawa

Apa pun jangan lupa untuk saksikan drama Memberku Hawa yang dibawakan oleh Kotex ini pada setiap hari Ahad jam 10.30 malam di TV3. Wife Abang Nara memang suka tengok drama nie sebab katanya dia rasa bangga apabila melihat Hawa dan Kay begitu tegas, tenang dan penuh dengan keyakinan dalam menangani isu di tempat kerja.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

57 Comments

  1. BudakNetwork

    April 30, 2012 at 8:34 pm

    sebagai salah sorang budak network. aku suka gila crita nih. terang skit mata org. tau sket apa tuh network engineer. sebelum nih, org ty ja, amik kos apa, susah benar nak memahamkan org. last2 cakap, amik kos komputer. aihh.. padahal beza kot comp science ngan networking.

    • poyo

      May 1, 2012 at 8:20 am

      aku tak prbezaan tuh…aku pun dak engineering tapi course lain laa..hehehe

    • poyo

      May 1, 2012 at 10:30 am

      *tau

    • kecoh siak

      May 2, 2012 at 1:16 pm

      sama la weh. aku pun dak engineering. software enginnering. tp org tnya kerja ape, aku ckp je la kerja komputer. karang ckp programmer, coding semua xpahemmmm.

  2. Kurus

    April 30, 2012 at 7:49 pm

    ko agak terlambat tp better late than never lah abang nara
    aku mmg sudah COP drama ni sedari iklan dia ditayangkan
    tk pernah miss setakat ini
    pernah juga nk aku war2 kan kt sini
    sayang jika tk tengok
    lakonan kedua2 heroin dia memang bersahaja dan best sgt
    faezah elai i luv u

  3. still a long way 2 go beb

    April 30, 2012 at 5:35 pm

    kalo tak ada ppuan melayu bertudung, yg paling alim dan tabah ,manusia yg terbaik sekali X ppuan melayu modern, free hair, ada pemikiran sendiri, the embodiment of evil X dua2 bergaduh memenangi konek…oops… hati si mamat perasan = BUKAN cita Melayu!!

  4. aku

    April 30, 2012 at 5:30 pm

    aku selalu tengok cite nih.. best2!!

  5. saya cun

    April 30, 2012 at 1:01 pm

    aah laaa…hanis zalikha tu body n muka lain lak tgk kt tv..die sangatla biasa rupenye.ingat ke cun…huhuhuuh..tp seswaila faezah elai watak gtu,mcm fun.mmgla kalaprofesional takdelA kot mcm die kt tempt keje..slalu dalam tv mesti jadi bisneswoman berjaya la,ceo la..takde langsung pasal IT.ni pasal IT pulak,saya pun keje bahagian IT mcm sonokla tgk..ape pun sukela citer ni.

Loading...