Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Drama Korea “Goblin” Rosakkan Akidah Penonton Beragama Islam?

Drama Korea “Goblin” baru-baru ini telah pun tamat. Drama yang dibintangi Gong Yoo, Lim Dong Wook dan Kim Go Eun ini telah pun ditonton oleh jutaan rakyat Malaysia termasuk Abang Nara. Memang best sangat-sangat drama ini. Kalau air mata tak meleleh, memang tak sah. Kelakar pun kelakar jugak Senang cerita, memang satu drama yang perfect.

goblin drama

Advertisement

Salah satu perkara yang menarik tentang drama Goblin ini ialah apabila si Goblin lakonan Gong Yoo sedih, hujan akan turun. Dan seperti yang kita ketahui, cuaca di Malaysia sekarang memang sedang musim hujan. Akibat ketaksuban terhadap drama Goblin, ramai penonton telah mengaitkan hujan yang turun dengan kesedihan Goblin.

goblin

goblin

goblin

Advertisement

Perkara ini sedikit sebanyak membimbangkan kerana kita mengetahui bahawa hujan yang turun adalah rahmat dari Allah. Sebelum ini Abang Nara pernah terbaca teguran di laman sosial oleh seseorang yang meminta mereka yang mengaitkan Goblin dengan hujan supaya bertaubat kerana ia boleh merosakkan akidah. Ada benar juga teguran tersebut. Kita sebagai hamba Allah harus percaya bahawa hujan yang turun adalah keranaNya, bukan kerana Goblin bersedih. Tak gitu?

goblin drama

Nasihat Abang Nara, kalau nak tengok dan layan drama, boleh je. Namun janganlah fanatik dan taksub sangat, lebih-lebih bab yang berkaitan dengan agama kita. Apa pula pendapat anda?

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top