Drama Kekasih Paksa Rela Tidak Promosi Pedofilia

Hiburan

Drama Kekasih Paksa Rela Tidak Promosi Pedofilia

Hangat sejak beberapa hari ini apabila sesetengah pihak mendakwa, drama Kekasih Paksa Rela yang sedang ditayangkan di sebuah stesen televisyen tempatan mempromosikan jenayah pedofilia kerana watak utamanya seorang remaja perempuan yang masih bersekolah bercinta dan berkahwin dengan seorang lelaki berusia.

Advertisement

Pedofilia adalah gangguan mental dan personaliti dimana orang dewasa yang mempunyai keinginan seks terhadap kanak-kanak belum baligh atau baharu mencapai umur baligh.

Malah, penampilan watak  heroin drama tersebut iaitu Intan Najuwa dari zaman persekolahan dan selepas bergelar isteri tidak memberikan kesan yang mendalam serta menguatkan lagi dakwaan pedofilia itu.

Walaubagaimanapun, menurut Intan drama tersebut tidak pernah mempromosikan jenayah pedofilia tetapi lebih kepada kehidupan poligami. Difahamkan, watak Intan sebagai Hanan sebenarnya adalah pelajar sekolah menengah tinggi dan bukanlah perempuan dibawah umur seperti yang netizen sangkakan.

Benar, saya melakonkan watak seorang pelajar tingkatan enam yang berkahwin dengan lelaki berusia. Tetapi, fokus utama drama Kekasih Paksa Rela adalah berkenaan isu poligami. Pada pendapat saya, drama ini mempunyai mesej yang sangat positif dan memberikan kefahaman kepada penonton tentang nilai-nilai murni menerusi poligami.

Mungkin masih ada yang belum faham tentang maksud sebenar pedofilia. Jika drama ini mempromosikan jenayah serius tersebut, pasti ia tidak mendapat kelulusan untuk ditayangkan bukan?

Sumber Berita : Kosmo Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...