Gara-gara perlaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh, drama Kekasih Hati Mr. Bodyguard terpaksa ditangguhkan penggambaran dan juga tayangannya di saluran TV3.
Ini berikutan drama tersebut yang masih dalam tempoh penggambaran namun terpaksa dihentikan seketika kerana mengikut perintah PKP oleh kerajaan yang diunjurkan kepada hampir semua sektor perusahaan dan perkhidmatan.
View this post on Instagram
Pengarah drama, Nizam Zakaria berkata keputusan itu terpaksa dibuat meskipun terkilan dan akan memulakan penggambaran sebaik sahaja dibenarkan oleh kerajaan.
Notis penangguhan tersebut dikongsikan Nizam menerusi sebuah hantaran di Instagram pihak produksi Creative Skill Solution untuk pengetahuan peminat dan pengikut media sosial mereka.
“Memang agak sedih dan kecewa tapi nak buat macam mana. Kita kena hormat dan patuh kepada SOP yang telah ditetapkan. Insya-Allah sebaik sahaja SOP baharu keluar dan dibenarkan semula penggambaran, kami akan teruskan.”
Difahamkan, slot asal drama Kekasih Hati Mr. Bodyguard itu digantikan dengan tayangan semula drama Kebaya Kasut Kanvas lakonan Nabila Razali, Fahrin Ahmad dan juga Rozita Che Wan.
View this post on Instagram
Ketika ditanyakan respon peminat drama mengenai penangguhan tayangan drama arahannya itu, Nizam memberitahu bahawa tidak menyangka bahawa naskah terbarunya itu akan menjadi tular dalam kalangan netizen.
“Kami tak jangka sebenarnya drama ini akan viral..bila tayangan ditangguh, ramai peminat yang DM. Sebenarnya ramai peminat DM yang positif tentang drama ini…” katanya lagi.
View this post on Instagram
Ujar Nizam lagi, ada juga yang mempersoalkan taraf lakonan pelakon utama, Sharifah Rose yang bagi mereka tidaklah ‘kayu’ seperti yang diperkatakan sebelum ini.
Akhirinya, peluang harus diberikan kepada barisan pelakon baru kerana jika tiada generasi pelapis dalam bidang ini, ianya akan membunuh industri seni lakonan tempatan sedikit demi sedikit.