Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Drama Kau Aku Kita Menang Besar Di Anugerah DFKL 2016

Semalam telah berlangsungnya Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2016 (DFKL2016), di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Advertisement

Ia adalah tahun ketiga anugerah tersebut diadakan bagi menghargai  penggiat seni, drama serta filem yang dihasilkan oleh anak tempatan.

Malam semalam, drama terbitan JS Pictures milik Azman Hj Yahya (Jinggo) dan Sheila Rusly iaitu Kau Aku Kita telah berjaya membawa pulang 6 trofi termasuk kategori Drama Pilihan DFKL2016.

Anugerah lain yang dimenangi oleh team drama Kau Aku Kita adalah Azman Yahya( Jinggo) sebagai Pengarah Pilihan.

Pelakon utama mereka , Saharul Ridzwan dan Janna Nick turut memenangi trofi Aktor Pilihan dan Aktres Pilihan. Mereka juga menjadi pilihan pengundi untuk diangkat sebagai Pasangan Pilihan.

Advertisement

Meneruskan kecemerlangan Kau Aku Kita, penulis skripnya, Rehal Nuharis pula membolot trofi Skrip Pilihan.

Berikut senarai penuh pemenang Anugerah DFKL2016:

Drama Pilihan – Kau Aku Kita

Aktor Pilihan – Saharul Ridzwan (Kau Aku Kita)

Aktres Pilihan – Janna Nick (Kau Aku Kita)

Pengarah Pilihan – Azman Yahya (Kau Aku Kita)

Pasangan Pilihan – Saharul Ridzwan & Janna Nick (Kau Aku Kita)

Skrip Pilihan – Rehal Nuharis (Kau Aku Kita)

Lagu/OST Pilihan – Mungkin Kamu (Sissy Iman -Ost Eksperimen Cinta)

Antagonis Pilihan – Ruhainies (Hello Mr Perfect)

Drama Pendek Pilihan – Kembara Si Kecil (Muhammad Firhdaus Rahmat)

Sumber Berita : BH ONLINE

Advertisement

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top