Drama Dia Isteri Luar Biasa Mula Ditayangkan Hari Ini Untuk Slot Akasia TV3

Hiburan

Drama Dia Isteri Luar Biasa Mula Ditayangkan Hari Ini Untuk Slot Akasia TV3

Selepas tamatnya drama Hati Perempuan minggu lalu, kini giliran drama Dia Isteri Luar Biasa pula mengisi slot Akasia TV3. Drama ini merupakan adaptasi daripada novel hasil tulisan Umie Nadzimah. Sebelum ini karya Umie Nadzimah “Kerana Terpaksa Aku Relakan” (KTAR) juga telah disiarkan di TV3 dan mendapat rating yang tinggi. Adakah Dia Isteri Luar Biasa akan mengulangi kejayaan KTAR? Kenalah sama-sama kita nantikan.

dia isteri luar biasa

Advertisement

Dibintangi oleh Shukri Yahya, Nur Fathia, Keith Foo, Uqasha Senrose dan ramai lagi, Dia Isteri Luar biasa diterbitkan oleh Pena Creative Pictures Sdn Bhd. Abang Nara dah baca sinopsis drama ini. Agak pelik jalan ceritanya. Ia berkisarkan mencari ‘suami sementara’. Adakah drama ini akan lebih kurang sama dengan drama-drama di slot Akasia sebelum ini? Hmmmm…

Mengisahkan kehidupan Dewi Yusra yang mencari suami sementara bertujuan untuk mendapatkan anak, walaupun dia beranggap mampu hidup tanpa cinta dari seorang lelaki. Dewi pernah mencuba untuk mendapatkan perkhidmatan kaedah IVF dan GTF dari klinik pakar perbidanan untuk mendapatkan anak sendiri, namun ditolak kerana menyalahi undang-undang. Sahabat baiknya, Kamarul juga pernah menawarkan diri untuk menjadi suami sementara Dewi. Nina anak kawan baiknya Eda sering menjadi peneman dirinya.

Kehadiran Dr. Raden Amzar dalam satu insiden yang tidak disengajakan di Heathrow, ketika penerbangan pulang dari London ke Kuala Lumpur mengikat Dr. Raden Amzar terus disisi Dewi. Dr. Raden Amzar juga pelanggan setia Nasi Ayam Bonda dalam diam mencuri perhatian Dewi. Dewi mewarisi perniagaan Nasi Aya Bonda tersebut. Seterusnya, Dewi merancang sesuatu agar Raden Amzar dapat menjadi Suami semantara. Apa yang dirancang berjalan lancar seperti yang dirancang. Dewi dan Raden Amzar ditangkap Khalwat. Mereka bernikah secara rahsia di Kota Londan.

Akhirnya Dewi disahkan mengandung, rancangan awal Dewi yang mahu meninggalkan Raden Amzar setelah mengandung gagal bila Dewi menerima alahan yang teruk. Keadaan lagi buruk bila bayi dalam kandungannya mahukan Raden Amzar sentiasa disisi. Raden Amzar sedar, Dewi masih belum boleh menerima dirinya lagi. Apakah yang terjadi seterusnya?

tinggi. Adakah Dia Isteri Luar Biasa akan mengulangi kejayaan KTAR? Kenalah sama-sama kita nantikan.

dia isteri luar biasa

Secara jujur memang nampak tidak masuk akal sedikit jalan ceritanya. Namun seperti yang kita ketahui, kadangkala jalan cerita dalam drama tidak sama seperti di dalam novel. Mungkin akan ada kejutan. Apa pun mutu lakonan drama ini pastinya hebat kerana para pelakonnya memang sudah terbukti. Mungkinkah Dia Isteri Luar Biasa akan menjadi satu fenomena?

dia isteri luar biasa

Adakah anda akan menonton drama ini? Apakah harapan anda terhadap drama Dia Isteri Luar Biasa ini? Sama-samalah kita nantikan episod pertama drama ini di TV3 hari ini yang akan bermula jam 6.55 petang. Selamat menonton!!!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...