Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Drama Dayus, Bagi Contoh Tak Baik – Netizen Kritik Drama Bukan Cinta Aku

Drama Bukan Cinta Aku karya Erma Fatima dibintangi barisan pelakon Malaysia dan Indonesia iaitu Janna Nick, Baim Wong dan Syafiq Kyle telah pun berakhir semalam.

Advertisement

Meskipun mendapat sambutan hangat, ada juga segelintir penonton yang tidak berpuas hati dengan jalan cerita drama ini.

Kata mereka, ia menunjukkan contoh tidak baik kepada masyarakat apabila watak Riana masih mencintai dan obses dengan kekasihnya Arjuna, walaupun sudah berkahwin dengan Tengku Isma. Apatah lagi, Riana sering sahaja memarahi Isma dan tidak pernah menghargai ataupun melayani suaminya itu dengan baik.

Pengakhiran drama tersebut juga mendapat pelbagai reaksi netizen sehingga ada yang melabelkan Bukan Cinta Aku drama sampah.

Advertisement

Tidak mudah melatah, Erma menerusi akaun Instagramnya menyatakan dia menerima segala kritkan dengan hati terbuka.

Mungkin mesej yang cuba disampaikan terlalu mendalam. Bukan semua orang mampu memahami maksud tersirat. Apa pula komen anda yang menonton drama ini, betul ke pengakhirannya mengecewakan?

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

46 Comments

  1. Anonymous

    July 8, 2019 at 2:38 pm

    Mcm langit dgn bumi jika dibanding drama melayu(DM) ngan drama korea. Jln crita DM meleret, msg x padat, mperbodohkn penonton, skrip yg berulang2…BOSAN.

  2. Ryna

    July 5, 2019 at 3:02 pm

    Sy suka sangat cerita ni walaupun hati sakit sebab riana tak pandang langsung isma?
    Kalau kat novel cerita gini ramai je suka???

  3. takkisah

    July 5, 2019 at 12:33 pm

    Kalau Janna berlakon mmg i x penah rase nak tengok…

  4. haterzzneraka

    July 5, 2019 at 9:56 am

    cerita ema patima kan..what do u expect.. cerita mak cun pun ke laut pastu claim diminati ramai padahal orang kedah semua meluat tengok sebab kami tak dok gedik sembang mcm orang gila hari2 dalam cerita tu..

    cerita bukan cinta aku tu dari awal lagi meluat.. kesian baim wong..watak dia dari awal sampai habis macam orang bodoh je tak berbaloi langsung amek watak tu..baik bagi pelakon kayu je berlakon..

  5. insan biasa

    July 5, 2019 at 6:13 am

    makna tersirat.. kerana agung cinta manusia lupa akan cinta pada Allah.. akhirnya cinta yg digilakan pergi selamaNya.. tidak kekal.. yang kekal Cinta kepada Allah. Allah Maha Kuasa.
    Setiap character dlm drama ni ada pembalasan dia.. ada pengajaran dia. Parents memaksa anak kahwin.. ingat anak bahagia tp tidak.. Anak keras kepala.. yg si anak pula dah kahwin tak redha.. tak rela.. tak fikir tanggungjwb as a wife n as a husband.. sedikitlah tak realiti Isma byk bersabar.. last last tak sabar juga..
    yg si wife gila cinta.. tgk Allah tarik Cinta hati dia.. Yg tinggal husband dia.. Husband dia pun terima pembalasan.. along the way ingat dgn paksa kahwin wife akan suka.. tp tak.. sabar tak sabar jugalah kan.. sebb dah tak tunaikan janji dulu.. so semua dlm character ni adalah pengajaran memasing.. ending memasing faham dengan cara memasinglah.. lihat dgn mata hati bukan dgn mata tuli..

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top