Written by Bella | July 3rd, 2019

Drama Bukan Cinta Aku karya Erma Fatima dibintangi barisan pelakon Malaysia dan Indonesia iaitu Janna Nick, Baim Wong dan Syafiq Kyle telah pun berakhir semalam.

Meskipun mendapat sambutan hangat, ada juga segelintir penonton yang tidak berpuas hati dengan jalan cerita drama ini.

Kata mereka, ia menunjukkan contoh tidak baik kepada masyarakat apabila watak Riana masih mencintai dan obses dengan kekasihnya Arjuna, walaupun sudah berkahwin dengan Tengku Isma. Apatah lagi, Riana sering sahaja memarahi Isma dan tidak pernah menghargai ataupun melayani suaminya itu dengan baik.

Pengakhiran drama tersebut juga mendapat pelbagai reaksi netizen sehingga ada yang melabelkan Bukan Cinta Aku drama sampah.

Tidak mudah melatah, Erma menerusi akaun Instagramnya menyatakan dia menerima segala kritkan dengan hati terbuka.

View this post on Instagram

Alhamdulillah TAMAT sudah drama ini. Terima Kasih kepada yg sudi menonton..Terima Kasih juga kpd segala komen2 yg sy terima. Walaupun drama ini d anggap drama sampah..drama paling bodoh abad ini..ending yg ramai tak suka…tkpe sy terima. Sesungguhnya yg baik dtgnya dr Allah..segala kelemahan dr karya ini sy dgn tangan terbuka bertanggungjawab. Harini mungkin kalian hanya dapat melihat satu demi satu kelemahan karya ini…tk mengapa..teruskan melihat apa yg mampu terlihat oleh kalian…kerana sebuah karya itu bukan hanya berbicara utk d lihat oleh mata kasar sahaja. Akn sampai waktunya kalian dpt membaca karya yg d katakan sampah ini.. 🤗🤗🤗🤗🤗🤗 ANDAI KITA KENAL CINTA TUHAN..KITA TIDAK AKAN SALAH MENAFSIR CINTA.. CINTA ITULAH ASMA-NYA.. 😘😘😘😘😘 #bukancintaaku

A post shared by Ermafatima (@ermafatima) on

Mungkin mesej yang cuba disampaikan terlalu mendalam. Bukan semua orang mampu memahami maksud tersirat. Apa pula komen anda yang menonton drama ini, betul ke pengakhirannya mengecewakan?

46 responses to Drama Dayus, Bagi Contoh Tak Baik – Netizen Kritik Drama Bukan Cinta Aku

  1. Elliza Razak says:

    ELOKLAH DRAMA INI DAH HABIS. SALAH SEORANG PELAKON UTAMANYA ADALAH CONTOH CALON BETINA JALANG.

  2. Elliza Razak says:

    UDE WAHID, PU ABU DAN ROMIANG ADALAH ANTARA CONTOH JANTAN DAYUS, RUMAHTANGGA MASING-MASING MUSNAH ANGKARA BETINA JALANG MASING-MASING.

  3. umairah says:

    cerita lakonan aje pun, apa ug melayan sgt.. jom sembang pasal camne nak buat duit .. haha cadangan aje jgn marah, sayang selalu hihi

  4. Rin says:

    Drama bukan cinta aku, curi curi cinta, pia, lebih kurang saja, membosankan, dan jalan cerita over, tonton drama ni karena nak tengok baim wong saja, tak suka babak janna tergedik sentuh pegang si baim tu, cerita membosankan, tak tahu nape bnyak yg suka drama drama macam tu, aku masih belum bisa move on dari drama cari aku di surga, tak da babak sentuh sentuh antara hero heroin, cerita tentang suasana hidup tinggal kat kampung, banyak hikmah yang bisa kita pelajari daripada drama ni

  5. Anonymous says:

    Bukan cinta aku….
    Awal2 dah bgtau ending citer…

    Hahahaha

Tinggalkan Komen Anda Di Sini