Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Drama Dayus, Bagi Contoh Tak Baik – Netizen Kritik Drama Bukan Cinta Aku

Drama Bukan Cinta Aku karya Erma Fatima dibintangi barisan pelakon Malaysia dan Indonesia iaitu Janna Nick, Baim Wong dan Syafiq Kyle telah pun berakhir semalam.

Advertisement

Meskipun mendapat sambutan hangat, ada juga segelintir penonton yang tidak berpuas hati dengan jalan cerita drama ini.

Kata mereka, ia menunjukkan contoh tidak baik kepada masyarakat apabila watak Riana masih mencintai dan obses dengan kekasihnya Arjuna, walaupun sudah berkahwin dengan Tengku Isma. Apatah lagi, Riana sering sahaja memarahi Isma dan tidak pernah menghargai ataupun melayani suaminya itu dengan baik.

Advertisement

Pengakhiran drama tersebut juga mendapat pelbagai reaksi netizen sehingga ada yang melabelkan Bukan Cinta Aku drama sampah.

Tidak mudah melatah, Erma menerusi akaun Instagramnya menyatakan dia menerima segala kritkan dengan hati terbuka.

Mungkin mesej yang cuba disampaikan terlalu mendalam. Bukan semua orang mampu memahami maksud tersirat. Apa pula komen anda yang menonton drama ini, betul ke pengakhirannya mengecewakan?

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

46 Comments

  1. Anonymous

    July 30, 2019 at 8:19 pm

    cerita mantap👍

  2. Anonymous

    July 30, 2019 at 8:13 pm

    suka drama ni..sebab drama ni lain dari yg lain..walupn babak bnyak sentuh2 tpi ok lah sbb mereka nk nmpak kn real dlam drama tu msti ada cabaran nya..memang ska sgt2 jlan cerita ni.org yg tk ska tu biarla..yg aq tau drama ni memang best sgt2.thnks kak erma fatima sbb buat cita ni n pelakon pun2 smua mntap2

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top