Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, filem-filem dari Indonesia semakin berani memaparkan aksi panas terutamanya babak di ranjang meskipun ia bukan di bawah kategori 18sx.
Beberapa pelakon wanita di negara itu sebelum ini pernah dikritik hebat oleh netizen gara-gara melakukan babak di ranjang seperti filem dari Barat.
Terbaru, lakonan dua pelakon Indonesia menerusi drama yang kini sedang ditayangkan telah mengundang pelbagai reaksi dan kecaman netizen.
Menerusi video pendek yang mempromosikan drama itu, aktres Davina Karamoy dan aktor Irsyadillah telah melakukan babak bercumbu dan di atas katil.
Babak itu memberi gambaran bahawa mereka baru sahaja melakukan hubungan intim dan dalam keadaan tanpa seutas benang tetapi sebahagian badan mereka ditutup dengan selimut.
Hantaran itu telah mengundang pelbagai komen dan kritikan netizen yang kurang senang melihat industri hiburan Indonesia semakin ke arah seperti negara Barat.
Netizen turut menyebut tentang usia Davina yang masih muda namun sudah melakonkan babak-babak di ranjang yang tidak sesuai ditonton golongan muda.
Dalam pada itu, ada juga yang menyindir dan persoal adakah sesebuah naskah filem atau drama di Indonesia tidak akan laku sekiranya tiada babak seks di dalamnya.
Hati hati ya wahai pembuat filem. Ingat, negara Indo majoritinya Islam.
Bukan sahaja Indonesia, filem atau drama di Malaysia juga kadang kala mempunyai babak panas yang tidak sesuai ditonton.
Apatah lagi, sesetengah pelakon yang melakonkan babak sebegini berstatus agama Islam dan ada yang sudah berkahwin serta mempunyai anak.
“