Drama 911: Lone Star Curi Tumpuan Netizen Apabila Pamerkan Watak Muslim Solat Dengan Cara Pelik

Trending

Drama 911: Lone Star Curi Tumpuan Netizen Apabila Pamerkan Watak Muslim Solat Dengan Cara Pelik

Semenjak tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, orang ramai lebih banyak menghabiskan masa di rumah. Bukan saja di Malaysia, malah di negara-negara lain juga sama keadaannya kerana perlu melalui tempoh berkurung akibat pandemik COVID-19.

Baru-baru ini, sebuah drama yang ditayangkan di saluran HBO menjadi bualan netizen terutamanya dari kalangan masyarakat Muslim. Drama 911: Lone Star memaparkan satu watak wanita Muslim bernama Marjan. Namun, adegan solat yang dilakukan oleh watak ini menimbulkan keraguan ramai.

Advertisement

Adegan solat ini menerima kritikan penonton selepas mendapati krew produksi tidak membuat kajian yang terperinci mengenai cara betul seorang Muslim melakukan solat. Sikap sambil lewa yang diambil ini turut dianggap tidak menjaga sensitiviti penonton yang beragama Islam.

Drama 911: Lone Star mengisahkan mengenai kehidupan sekumpulan ahli bomba yang bertugas menyelamatkan nyawa dalam situasi kecemasan. Watak Marjan Marwani merupakan seorang wanita beragama Islam bekerja sebagai ahli bomba tetapi berdepan dengan stigma masyarakat.

“Jika pihak drama ini ingin mengambil saya sebagai perunding, saya terbuka untuk membantu.”

“Tak sempat nak rukuk dah terus sujud.”

“Apa yang dia cuba lakukan?”


Tidak pasti dari mana agaknya gambaran cara solat yang diterima tetapi ada juga yang mengatakan bahawa perkara tersebut dilakukan dengan sengaja untuk mencipta kontroversi. Tetapi jika ini hanyalah kecuaian krew produksi, seharusnya lebih baik mereka membuat kajian terlebih dahulu.

Artikel berkaitan: Siri Terbaru Netflix ‘Messiah’ Menceritakan Tentang Dajjal?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...