Semenjak tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, orang ramai lebih banyak menghabiskan masa di rumah. Bukan saja di Malaysia, malah di negara-negara lain juga sama keadaannya kerana perlu melalui tempoh berkurung akibat pandemik COVID-19.
Baru-baru ini, sebuah drama yang ditayangkan di saluran HBO menjadi bualan netizen terutamanya dari kalangan masyarakat Muslim. Drama 911: Lone Star memaparkan satu watak wanita Muslim bernama Marjan. Namun, adegan solat yang dilakukan oleh watak ini menimbulkan keraguan ramai.
When you make an effort to include a Muslim character but can’t be bothered to research how Muslims pray. Accurate representation matters ?? ?@911LoneStar? ????? pic.twitter.com/MjVEmB572r
— Ambereen Dadabhoy (@DrDadabhoy) May 5, 2020
Adegan solat ini menerima kritikan penonton selepas mendapati krew produksi tidak membuat kajian yang terperinci mengenai cara betul seorang Muslim melakukan solat. Sikap sambil lewa yang diambil ini turut dianggap tidak menjaga sensitiviti penonton yang beragama Islam.
Drama 911: Lone Star mengisahkan mengenai kehidupan sekumpulan ahli bomba yang bertugas menyelamatkan nyawa dalam situasi kecemasan. Watak Marjan Marwani merupakan seorang wanita beragama Islam bekerja sebagai ahli bomba tetapi berdepan dengan stigma masyarakat.
“Jika pihak drama ini ingin mengambil saya sebagai perunding, saya terbuka untuk membantu.”
If @911LoneStar wants to hire me as a consultant, I’m open to a side hustle. I’ve got the research bona fides, too.
— Ambereen Dadabhoy (@DrDadabhoy) May 6, 2020
you lot talking about sujood etiquette when homegirl is going straight into it from ruku ???
— ic (@khatunetwork) May 5, 2020
WHAT IS SHE DOING?!?
— Taz Ahmed (@TazzyStar) May 5, 2020
Tidak pasti dari mana agaknya gambaran cara solat yang diterima tetapi ada juga yang mengatakan bahawa perkara tersebut dilakukan dengan sengaja untuk mencipta kontroversi. Tetapi jika ini hanyalah kecuaian krew produksi, seharusnya lebih baik mereka membuat kajian terlebih dahulu.
Artikel berkaitan: Siri Terbaru Netflix ‘Messiah’ Menceritakan Tentang Dajjal?